Giliran Wagner Pula Sertai Bayern Munich Dari Hoffenheim Selepas Rudy Dan Sule

Bayern Munich mengesahkan yang perpindahan Sandro Wagner kini semakin hampir. Hanya beberapa perkara sahaja yang masih dibincangkan.

Sebelum ini laporan beberapa media di Jerman mengaitkan Bayern dengan perpindahan pemain ke-3 dari Hoffenheim dalam 2 jendela perpindahan selepas Sebastian Rudy dan Nilkas Sule.

Bayern Munich tidak berselindung lagi apabila pengerusi mereka, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan akan hal itu. Sandro Wagner yang sudah berusia 30 tahun dijangka akan menyertai mereka sebaik sahaja jendela perpindahan Januari dibuka.

Bayern Munich dijangka akan membayar sekitar €12 juta untuk penyerang kebangsaan Jerman itu. Sandro Wagner merupakan graduan daripada akademi Bayern Munich dan melakukan debut untuk Bayern pada 2007.

Beliau kemudian menyertai banyak kelab sebelum menikmati detik terbaik karier musim lalu dengan Hoffenheim. Selepas kemenangan Bayern ke atas Dortmund, Rummenigge menyatakan:

“Saya secara asasnya boleh mengesahkan yang kami hampir pasti mendapatkan Sandro Wagner. Hanya ada beberapa butiran teknikal yang kecil sahaja yang masih dibincangkan.”

Kehadiran Wagner diharap akan dapat membantu mengurangkan beban tugasan pada Robert Lewandowski yang sebelum ini meminta Bayern untuk mencari pemain yang boleh menjadi ‘back-up’ kepada beliau. Lewandowski berkata:

“Saya akan lebih suka masa permainan saya dikurangkan 15-20 minit untuk menyimpan tenaga dalam perlawanan seterusnya. Ia akan membantu saya untuk kekal cergas dan mengurangkan risiko kecederaan.”

Wagner menjadi penyerang utama Jerman dalam skuad yang dibawa Joachim Loew ke Piala Konfederasi. Beliau sudah menjaringkan 11 gol setakat ini dalam Bundesliga.

Terdapat juga kerisauan penganalisis bola sepak di Jerman yang menganggap langkah Wagner ini mungkin akan memberikan impak kepada tempat beliau di dalam skuad kebangsaan terutama sekali Piala Dunia.

Ada yang merasakan Wagner patut harus terus kekal dengan Hoffenheim kerana di sana beliau mendapat aksi terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN