Pahang 1-1 Selangor: Sayap Kanan Selangor Bertemu Ruas Dengan Sayap Kiri Pahang

Ini adalah perlawanan pertama Pahang di Stadium Darul Makmur selepas tewas 2-0 perlawanan pembukaan menentang JDT. Manakala, Selangor menempuh away match buat kali kedua berturut-turut (sesuatu yang perlu diperbaiki oleh FAM) selepas turut tewas 2-0 menentang Terengganu.

 

Kesebelasan utama Pahang

 
Zainal Abidin Hassan mengekalkan hampir semua kesebelasan utama yang tewas kepada JDT pada minggu lepas, kecuali R. Surendran yang menggantikan Fauzi Roslan di sayap kanan. Dengan Nwakaeme berpasangan dengan Conti di bahagian serangan, hampir semua peminat bola sepak Malaysia tahu bagaimana Pahang akan menyerang. Dengan Surendran dan R. Gopinathan di bahagian sayap, ia adalah petunjuk besar bahawa Pahang mahukan tiga mata.

Pahang - Football tactics and formations

 

Kesebelasan utama Selangor

 
Bekas pemain Harimau Muda B, Azrif Nasrulhaq meneruskan tugasnya di posisi bek kanan. Satu-satunya perubahan yang dilakukan oleh Mehmet Durakovic adalah pemain tengah, Nazmi Faiz bermula di tengah untuk berpasangan dengan Leandro dos Santos. Ahmad Hazwan Bakri masih diberi kepercayaan oleh Mehmet untuk bermain di sayap kiri (meskipun beliau seorang penyerang). Di bahagian serangan, Abdul Hadi Yahya sekali lagi berpasangan dengan Guilherme de Paula di bahagian serangan.

Selangor - Football tactics and formations

 

Rumusan perlawanan

 
Pahang bermula garang dengan menumpukan serangan mereka melalui R. Gopinathan di sayap kiri dan kelebihan fizikal yang ada pada Dickson Nwakaeme. Mereka mencipta sekurang-kurangnya 3 peluang cantik melalui hantaran lintang R. Gopinathan di sebelah kiri tetapi gagal disempurnakan oleh pemain Pahang yang lain. Selangor pula lebih selesa bertahan dan menyerap asakan Pahang sebelum melancarkan beberapa siri serangan balas yang kurang menjadi. Berdasarkan keputusan seri 1-1 semalam, Selangor nyata lebih gembira berbanding Pahang kerana berjaya mencapai objektif mereka untuk mencuri mata.
 

Banyak peluang Pahang dicipta di sayap kiri

 
Pada separuh masa pertama, Pahang mempamerkan aksi menyerang yang tipikal dengan identiti mereka. Serangan mereka akan dimulakan dengan hantaran jauh ke kedua-dua belah sayap kiri dan kanan. Kelajuan larian Gopinathan dan kelicikan kakinya nyata terlalu sukar dibendung oleh Azrif yang jelas bergelut untuk mengekang bahaya Gopinathan. Gopinathan mencipta banyak hantaran lintang yang gagal dibaca oleh Conti dan Surendran.

eRWByC

HFPO4W

Di sebelah kiri, Azmi Muzlim selesa mengekang larian R. Surendran.

Di tengah, Dickson Nwakaeme bergandingan dengan Azidan Sarudin sambil dibantu oleh Hafiz Kamal yang lebih defensif pada perlawanan ini. Nwakaeme bertindak seperti seorang attacking midfielder yang mempunyai free role, sentiasa membuat larian ke channels untuk membantu pemain sayapnya. Setiap kali Nwakaeme memegang bola, pemain Selangor bergelut untuk bertahan kerana fizikalnya yang dominan. Tetapi oleh kerana Selangor mengamalkan deep defending, bahaya Nwakaeme berjaya dibendung.
 

Selangor bergelut untuk membawa bola ke hadapan

 
Apa yang mengecewakan adalah kualiti link-up play dan build-up play penyerang import Selangor, Guilherme de Paula. Kerap kali beliau terlalu mencuba untuk membawa bola melepasi 3-4 pertahanan Pahang, sedangkan beliau hanya perlu menggunakan fizikalnya untuk hold up ball supaya ada ruang bagi pemain lain untuk eksploit.

Satu-satunya peluang Selangor dari serangan balas adalah apabila Abdul Hadi Yahya berlari ke channel sebelah kirinya sebelum membuat cut-back kepada Hazwan Bakri yang terus melakukan first time shot. Bagaimanapun, rembatan Hazwan Bakri mudah ditepis keluar oleh penjaga gol Pahang, Khairul Azhan.

7Zo_3Z

Jika diteliti, Hazwan Bakri sendiri berpeluang mencipta banyak peluang di sayap kiri Selangor tetapi beliau kerap kali membuat early crosses yang sia-sia. Jika beliau cuba mengalahkan Razman Roslan dalam situasi 1v1 dahulu, mungkin crosses beliau boleh disempurnakan oleh penyerang Selangor.
 

Pahang mengubah strategi pada separuh masa kedua

 
Pada separuh masa kedua, Zainal memasukkan bekas pemain muda Harimau Muda B yang beraksi di S-League pada tahun lepas, Norazam Azih yang menggantikan R. Surendran yang langsung tidak efektif pada separuh masa pertama.

Pahang - Football tactics and formations

 
Zainal juga tampak seperti mahukan kehadiran Nwakaeme di kotak penalti Selangor, bukannya di kawasan midfield seperti di separuh masa pertama. Kini Azidan pula diberikan tugas free role di tengah. Pahang bermain lebih direct dengan stail permainan yang mengingatkan kami kepada Bolton Wanderers era Sam Allardyce. Stail permainan sebegini nyata menyakitkan mata kami yang menonton tetapi ianya efektif bagi Pahang.

Akhirnya pada minit 58′, hasil daripada sepakan gol dari Khairul Azhan yang ditanduk (flicked) oleh Matias Conti, bola singgah di kaki Nwakaeme yang dikawal ketat oleh Robert Cornwaithe sebelum diberi semula ke laluan Conti yang merembat masuk dengan kaki kiri. Ianya ringkas. Hanya 4 hantaran diperlukan untuk menghasilkan gol, tetapi strategi permainan sebeginilah yang menyebabkan penyerang tempatan kita tak dapat bersaing dengan penyerang import.

MUS_7576

Baca juga: Mengapa Menyalahkan Kegagalan Penyerang Tempatan Atas Polisi Pemain Import Adalah Idea Bodoh
 

Goyang gerudi Andik memeningkan kepala Shahrizan Salleh

 
Ketinggalan satu gol, Selangor memerlukan inspirasi. Mujurlah Andik Vermansyah tampil memberikannya di sayap kanan Selangor.

Dalam satu siri serangan Selangor di sayap kanan, Andik bergoyang gerudi sebelum menewaskan Gopinathan dan Shahrizan Salleh dan memberikan hantaran lintang cantik sebelum disia-siakan oleh kaki kanan Hazwan Bakri.

andikgoyang

Pada minit 64′, Andik sekali lagi mengkucar-kacirkan Shahrizan Salleh apabila hantaran satu-dua yang pantas antara Nazmi Faiz dan Azrif menghantar Andik masuk ke dalam kotak penalti Pahang. Zesh Rehman sudah melakukan yang terbaik apabila memaksa Andik menggunakan kaki kirinya tetapi Andik tidak seperti Hazwan Bakri. Kaki kiri Andik tenang melakukan penyudah awal untuk memberikan gol penyamaan kepada Selangor.

DSC_0492
 

Serangan Pahang agak mudah dibaca (one-dimensional) selepas Gopinathan dikeluarkan

 
Apabila Zainal menggantikan Gopinathan dengan Fauzi Roslan pada minit 71′, jelas Pahang mahu meneruskan strategi route one football yang menghasilkan gol pertama mereka. Pahang bermain dengan formasi 4-2-4 dan Selangor tampak mahu mempertahankan satu mata.

Dengan ketiadaan Gopinathan, Pahang tidak mempunyai seorang pun true winger di padang. Serangan mereka mudah dibaca dan boleh dijadikan sebab mengapa permainan menjadi bosan.

Setiap serangan Pahang yang berjaya dipatahkan pula gagal menghasilkan peluang serangan balas untuk Selangor, lebih-lebih lagi apabila Andik terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan. Selangor mengabaikan permainan short passing mereka dan tampak sudah keletihan. Maka bermualalah perlawanan long, direct football yang sangat membosankan dari kedua-dua pasukan. Disiplin mula longgar sehingga menyebabkan Hafiz Kamal dibuang padang.

Tamat perlawanan, Selangor nyata gembira dengan satu mata yang diperoleh.

 

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sumber: Pahang FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN