10 Pengkhianat Utama EPL (Bahagian Dua)

Sudahkah anda membaca bahagian satu artikel ini, kompilasi nombor 10 hingga ke nombor 6 ?

Jika belum, anda boleh baca di link ini: 10 Pengkhianat Utama EPL (Bahagian Satu)

Kepada yang sudah membacanya, mari kita lihat siapakah yang bakal mengungguli carta Pengkhianat Paling Besar Dalam Sejarah EPL. Adakah tekaan anda tepat? Mari kita saksikan.

5. William Gallas

gallas

William Gallas merupakan satu-satunya pemain di dunia yang pernah bermain di ketiga-tiga kelab utama di London. Malah, Gallas juga layak disenaraikan antara figura pengkhianat utama kelab bola sepak diperingkat Eropah.

Gallas pernah bermain untuk pasukan timur London, Chelsea sebelum digunakan sebagai pertukaran untuk Ashley Cole berpindah ke Stamford Bridge. Perjanjian itu meletakkan Gallas di Arsenal, seteru utama Chelsea dari bahagian utara London. Gallas kemudiannya berpaling dari Arsenal dan menyertai musuh setempat mereka, Tottenham Hotspurs melauli perpindahan percuma.

Mungkin ada yang berkata, tidak adil untuk penulis melabel Gallas sedemikian kerana dia hanya sebahagian dari pertukaran Ashley Cole ke Chelsea. Namun, anda harus ingat bahawa Chelsea pernah menyatakan bahawa Gallas pernah mengugut untuk menjaringkan gol sendiri jika tidak dilepaskan.

Lebih teruk, Gallas juga memilih untuk menyertai Tottenham di saat tamat kontrak di Arsenal, sekali gus menimbulkan kemarahan peminat The Gunners. Pada dasarnya, Arsenal mahu memperbaharui kontrak Gallas, namun permintaan gajinya yang terlalu tinggi  telah menggagalkan usaha tersebut.

gallas2

Tiga kelab London yang merupakan musuh menjadi taruhan Gallas sebagai simbol memberontak. Hebat!

4. Michael Owen

owen1

Selain mendapat jolokan Golden Boy of England, lelaki Inggeris terakhir yang memenangi anugerah Bola Emas ini juga pernah digelar sebagai pengkhianat.

Selepas menjadi penyerang terbaik dunia sewaktu berada di Liverpool, prestasinya yang hambar di Real Madrid menyaksikan Owen menyertai semula liga perdana Inggeris dengan menyertai Newcastle United.

Pada tahun 2009, tatkala Owen masih dibayangi oleh kehebatan masa silamnya, Owen menyertai musuh ketat sepanjang zaman Liverpool, Manchester United yang menaikkan api kemarahan peminat The Kop.

Ia sebenarnya agak sukar bagi Owen untuk dilabel sebagai pengkhianat kerana bergelut dengan prestasi tak menentu sewaktu di Newcastle. Ia sangat teruk sehinggakan agen kepada Owen terpaksa membuat brochure setebal 34 muka surat demi mencari kelab baru yang sudi mengambil Owen sebagai penyerang.

owen2

Dan strategi itu berkesan, Owen berjaya menjadi backup striker yang sangat efektif untuk Manchester United. Antara peristiwa yang penting adalah ketika dia menjaringkan gol kemenangan Manchester derby liga perdana Inggeris pada musim 2009-2010.

 

3. Emmanuel Adebayor

 adebabun

Kemana saja dia pergi, dia pasti akan meninggalkan jejak. Di Arsenal, Adebayor bangkit menjadi penyerang yang terkenal, mempunyai penyudah yang baik dan amat digeruni.

Adebayor kemudiannya memilih untuk menyertai Manchester City, dan penulis merasakan anda semua pasti akan terbayang memori dia menjaringkan gol dan menari-nari kegembiraan di hadapan penyokong Arsenal.

Setelah gagal menyinar di Manchester City, Adebayor kemudiannya menyertai satu lagi musuh tradisi Arsenal, Tottenham Hotspurs dan menjadi tonggak kejayaan Spurs di musim pertamanya disana. QPR juga cuba membidanya semasa sessi perpindahan pemain musim ini tetapi Adebayor mahu kekal di White Hart Lane dan mengintai prospek untuk menjadi kapten pasukan Spurs.

2. Ian Wright

wright

Sebelum Ian Wright menjadi lagenda Arsenal, dia mencipta nama sebagai penjaring prolifik untuk pasukan Crystal Palace. Wright bermain di Palace untuk 6 musim, menjaringkan 100 gol dalam 254 penampilan.

Tidak seperti kebanyakkan pemain lain yang disenaraikan di sini, perpindahan Wright ke Arsenal tidak membuatkan dia seorang pengkhianat. Palace mereupakan sebuah kelab kerdil pada tahun 1991, manakala Arsenal pula sebuah kelab besar. Ia adalah normal apabila pemain dari kelab kecil berpindah ke kelab yang lebih besar.

Namun, apa yang membuatkan Wright dilabelkan sebagai pengkhianat adalah apabila dia meraikan golnya untuk Arsenal menentang Crystal Palace. Gol itu menyaksikan The Eagles tersingkir dari Divisyen Satu. Lebih teruk lagi, itu merupakan musim pertama dia bersama The Gunners!

1. Sol Campbell

campbell 3

 

Adakah anda bersetuju jika kami letakkan Sol Campbell sebagai pengkhianat nombor satu?

Tidak? Kami akan terangkan sebabnya.

Dalam soal membeli pemain bintang dari pasukan seteru utama, nama Arsenal hanya muncul sekali.

Sol Campbell merupakan pemain Tottenham Hotspurs sepanjang hayat. Dia mula berlatih bersama Tottenham pada tahun 1989, ketika dia berumur 15 tahun. Menjelang tahun 2001, Campbell merupakan pertahanan paling kental untuk England dan kontraknya bersama Spurs semakin menghampiri penamat. Tottenham Hotspurs telah menawarkannya kontrak baru yang akan menjadikan dia pemain yang paling mahal dibayar dalam sejarah liga Inggeris – tapi dia menolak.

campbell 1

Dia kemudiannya meninggalkan Tottenham Hotspurs di akhir kontraknya dan menyertai Arsenal secara percuma. Ya, pemain muda yang berbakat besar, yang disayangi semua orang dan dengan prospek future captain untuk Spurs menolak kontrak lumayan dari kelab yang menyaranya sejak kecil ,lalu menyertai musuh setempat dengan rela hati secara percuma. Sebab itulah peminat Spurs amat membenci Arsenal dan tidak boleh memaafkan Sol Campbell hingga ke hari ini.

Bagi penulis, kecurangan Sol Campbell terhadap Spurs berhak meletakannya sebaris dengan pengkhianat kelab bola sepak terhebat sepanjang zaman seperti Ronaldo, Figo dan Zlatan Ibrahimovic. Bila ditanya oleh pihak StarSports baru-baru ini, Campbell mengakui bahawa peminat Spurs masih belum dapat memaafkan dirinya. Campbell bagaimana pun mengakui sebab utama dia meninggalkan White Hart Lane adalah kerana dia ingin bermain di pentas Liga Juara-Juara.

judas

Namun, dengan mengabaikan pasukan asal dan menyertai pasukan seteru utama kelab lama yang melatih anda,serta berpindah dengan kerelaan hati secara percuma itu terlalu kejam. Lantas, peminat Spurs menggelarkan Sol Campbell sebagai Judas.

Buat kalian yang tidak tahu, Judas ini merupakan satu nama watak dalam kitab Injil. Judas adalah individu yang mengkhianati Jesus setelah mendapat bayaran 30 syilling perak. Pengkhianatan Judas juga menyumbang kearah peristiwa Jesus disalib. Satu penghinaan yang cukup besar kepada Campbell.

Selain itu, dalam sebuah undian yang dilakukan oleh akhbar Daily Mail yang berpangkalan di UK, Sol Campbell telah dipilih sebagai juara dalam pencarian 50 Pengkhianat Terbesar Dalam Sejarah Bolasepak.

campbell0

Sekarang anda bersetuju dengan penulis atau tidak?

Rumusan: Dalam kelab EPL, kelab Arsenal merupakan kelab yang paling kerap dikhianati; Bacary Sagna, Gael Clichy, Fabregas, Samir Nasri dan ramai lagi yang tak sempat disebutkan di sini. Namun memperlihatkan gaya Sol Campbell mengkhianati Spurs pada awalnya, ia memperlihatkan balasan yang lebih teruk menimpa The Gunners.

Hantarkan komen anda kepada kami. Kami mahu mendengar pandangan dari anda.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN