Pahang FA Mahu Tambah Kejuaraan Liga Super Dalam Kabinet Trofi Mereka (Prebiu Liga Super 2015)

Dalam bola sepak Malaysia, nasib jurulatih asing yang dibuang kerja oleh majikan mereka seringkali mempunyai satu persamaan.

Mereka datang ke Malaysia dengan harapan untuk memulakan revolusi dan menerapkan falsafah bola sepak yang mereka rasakan perlu dimainkan, tetapi akhirnya gagal kerana perbezaan pendapat dengan majikan mereka.

Seperti yang didedahkan oleh Ron Smith di akaun Twitter peribadinya, falsafah bola sepak possession football yang mahu beliau terapkan di Stadium Darul Makmur gagal menterjemahkan keputusan yang pantas di atas padang.

ron

 

Kalah 3 daripada 5 perlawanan liga, Pahang FA hampir-hampir terjerumus ke zon penyingkiran liga, di kedudukan ke-10 liga.

Tetapi untuk berlaku adil kepada Ron Smith, beliau bertanggungjawab membawa Pahang FA sehingga ke separuh akhir piala FA. 3 perlawanan liga yang beliau tewas adalah semuanya perlawanan di tempat lawan, dengan 2 pemain utamanya mengalami kecederaan.

Ron Smith kembali ke Australia dan menjadi tenaga pengajar di akademi kejurulatihan Australia selepas dipecat Pahang
Ron Smith kembali ke Australia dan menjadi tenaga pengajar di akademi kejurulatihan Australia selepas dipecat Pahang

Kontrak Ron Smith ditamatkan oleh Pahang FA dan tugas beliau digantikan oleh pembantunya, Zainal Abidin Hassan.

Selepas berguru di bawah telunjuk Dollah Salleh dan Ron Smith, Zainal sudah masak dan kenal dengan pemain-pemainnya. Di bawah kendalian Zainal, Pahang kembali ke taktikal era Dollah Salleh yang menggunakan formasi asas 4-4-2 dengan penekanan terhadap direct, attacking football. Dalam taktikal ini:

1) Jika Pahang menyerang melalui sayap kanan, khidmat Azamuddin ‘Alex’ Akil akan digunakan.

2) Melalui sayap kiri, khidmat R. Goipnathan pula digunakan.

3) Melalui tengah, Dickson Nwakaeme akan bertindak sebagai target man.

Taktikal ini mudah dan ringkas tetapi sangat berkesan. Dalam debut karier Zainal sebagai ketua jurulatih, Pahang membelasah ATM 4-1. Kemudian, Pahang tampak tidak menoleh belakang lagi. Sejak itu, anak buah Zainal sentiasa berada di kedudukan ke-3 teratas liga sehinggalah ke minggu terakhir saingan liga.

Zainal memilih untuk menyambung legasi Dollah berbanding Ron Smith di Pahang (sumber: msportnews)
Zainal memilih untuk menyambung legasi Dollah berbanding Ron Smith di Pahang (sumber: msportnews)

Zainal kemudiannya menyudahkan kerja Ron Smith dalam Piala FA dengan memimpin anak buahnya menjadi juara Piala FA sebelum menjulang Piala Malaysia enam bulan kemudian.

Dua piala dalam masa kurang setahun buat Zainal Abidin Hassan adalah pencapaian yang jarang-jarang dicapai oleh mana-mana jurulatih lain. Dengan portfolio hebat sebegini, Zainal sudah setaraf guru dan rakannya, Dollah Salleh.

Barisan pemain baru

Pahang FA mengekalkan majoriti skuadnya dengan hanya beberapa penambahan pemain muda sebagai persediaan untuk jadual perlawanan mereka yang pasti bertambah sibuk pada tahun 2015 apabila mereka layak ke AFC Cup.

Pemain Harimau Muda A yang bermain di National Premier League Queensland (liga kedua Australia), D. Saarvindran merupakan kesebelasan utama skuad tersebut dan muncul penjaring terbanyak pasukan. Beliau selesa bermain di mana-mana posisi menyerang di midfield dan merupakan alternatif yang lebih bagus daripada R. Surendran di sayap kanan Pahang.

Saarvindran menjaringkan 6 gol di Australia untuk Harimau Muda A (sumber: Goal MY)
Saarvindran menjaringkan 6 gol di Australia untuk Harimau Muda A (sumber: Goal MY)

Abdul Aziz Ismail perlu membuktikan kemampuannya kepada Zainal sebelum boleh merampas tempat Saiful Nizam Miswan. Sementara itu, tidak banyak yang kami ketahui mengenai Rizua Shafiqi dan Nor Azam Abdul Azih, dua pemain muda yang kami jangkakan hanya akan menjadi impact subs.

Kekuatan

Seperti yang beritahu sebelum ini, Pahang mengekalkan majoriti skuadnya pada musim lepas. Maka kami menjangkakan Pahang akan menjadi antara pasukan yang memulakan musim dengan baik kerana team cohesion bukan satu isu bagi mereka. Pemain utama skuad mereka tidak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan permainan ahli pasukan yang lain. Mereka sudah serasi beraksi selepas lebih setahun bermain bersama.

Pahang tidak mempunyai masalah keserasian pemain musim ini (sumber: Pahang FA)
Pahang tidak mempunyai masalah keserasian pemain musim ini (sumber: Pahang FA)

Pahang akan meneruskan falsafah direct football mereka dan kehadiran Dickson Nwakaeme dan dua pemain sayap yang laju penting untuk memastikan taktikal ini berjaya. Dengan penambahan D. Saarvindran, Pahang mempunyai 4 pemain sayap laju yang boleh digilir-gilirkan sepanjang musim.

JDT merupakan salah satu pasukan yang sentiasa bergelut untuk bertahan apabila menentang direct football Pahang. Di saingan Liga Super musim lepas, JDT tidak pernah menewaskan Pahang di Kuantan mahupun di Larkin. Begitu juga di Piala FA, JDT gagal menewaskan Pahang dalam dua perlawanan separuh akhir. Dalam final Piala Malaysia, JDT sekali lagi gagal menewaskan Pahang walaupun mereka sudah mendahului 1-0 dan menentang 10 pemain Pahang.

Kelemahan

Menjadi pasukan yang menyerang, Pahang mempunyai kecenderungan untuk terlalu overcommit ketika menyerang sehingga memberi ruang yang luas buat pasukan lawan untuk menjaringkan gol dalam serangan balas.

Usia dua bek kiri dan kanan mereka sudah melewati 30-an dan kekurangan kelajuan mereka boleh dieksploit oleh pemain sayap yang laju, seperti yang dilakukan oleh Andik Vermansyah (Selangor) di Kuantan, Ridzuan Azly (Perak) di Ipoh, Ashaari Shamsudin (Terengganu) di Kuala Terengganu.

Ridzuan Azly merobek pertahanan Pahang dengan mudah pada perlawanan terakhir liga musim lepas (sumber: Pahang FA)
Ridzuan Azly merobek pertahanan Pahang dengan mudah pada perlawanan terakhir liga musim lepas (sumber: Pahang FA)

Ayam tambatan

Kami mempunyai 3 calon ayam tambatan untuk Pahang dan mereka merupakan individu yang penting untuk jentera serangan Pahang – tidak, bukannya Matias Conti dan Dickson Nwakaeme – tetapi calonnya adalah 3 pemain tempatan: Azidan Sarudin, R. Gopinathan dan Azamuddin Akil.

R. Gopinathan dan Azamuddin Akil mungkin calon yang menyerlah kerana larian mereka di bahagian sayap banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan. Tetapi kami memlih Azidan Sarudin kerana strategi Zainal takkan berjaya tanpa pemain tengah seperti beliau.

One man's loss is another man's gain. Azidan merupakan bintang di Pahang ketika gagal menyerlah bersama Selangor (sumber:  Harian Metro MY)
One man’s loss is another man’s gain. Azidan merupakan bintang di Pahang ketika gagal menyerlah bersama Selangor (sumber: Harian Metro MY)

Azidan merupakan arkitek kepada serangan Pahang. Hantaran diagonal nya ke Gopi dan Azamuddin adalah petanda serangan Pahang akan bermula. Ketika Pahang kehilangan bola, Azidan sangat berdisiplin dalam aspek positioning dan ketika menyerang beliau sentiasa menyokong serangan dengan membuat larian lewat ke luar kotak penalti untuk memulakan serangan semula sekiranya hantaran lintang Gopi dan Azamuddin dikeluarkan pertahanan lawan.

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN