ATM Tak Mahu Ulang Kesilapan (Prebiu Liga Super 2015)

atm fa

Musim lepas bukanlah musim yang mahu B. Sathianathan kenang walaupun ATM berjaya mengelak penyingkiran liga. 

Seawal Februari lagi, ATM terpaksa memulakan kempen liga mereka dengan langkah kiri apabila tonggak pertahanan K. Reuben dan Amirizwan Taj Tajuddin terpaksa diketepikan kerana kecederaan panjang.

Bersama Obinna, Amirizwan dijangka bakal menyerlah (sumber: Goal.com)
Bersama Obinna, Amirizwan dijangka bakal menyerlah (sumber: Goal.com)

Tambah malang buat Sathianathan, Rudie Ramli dan tonggak import mereka, Spase Dilevski dan Marlon Alex James sentiasa bergelut dengan kecederaan berulang, sekaligus menghadkan sumbangan mereka dalam pasukan. Kontrak Dilevski ditamatkan pada jendela perpindahan April dan digantikan dengan pertahanan Korea Selatan, Park Yong-ho.

Marlon Alex James pula terpaksa menggantung but di tengah-tengah musim lantaran kegagalannya sembuh dari kecederaan lutut kakinya. Beliau kemudiannya digantikan oleh penyerang Haiti, Fabrice Noel pada bulan April. Rudie Ramli kekal sehingga hujung musim tetapi memberi sumbangan yang minima kepada ATM sebelum dilepaskan sebaik musim liga berakhir.

Ketiadaan Reuben dan Amirizwan nyata mencacatkan keampuhan benteng ATM. Mereka kerap bolos gol-gol mudah. Di hadapan, Juan Manuel Arostegui menggalas beban jentera serangan berseorangan pada usia 34 tahun. Fabrice Noel tampil membantu tetapi beliau hanya boleh berbahasa Perancis, sekaligus menyukarkan beliau untuk menyesuaikan diri di Malaysia.

Arostegui berseorangan memikul beban tugas jentera serangan ATM pada musim lepas. Pada usia 34 tahun, itu satu tugas berat untuknya. (Sumber: Harian Metro MY)
Arostegui berseorangan memikul beban tugas jentera serangan ATM pada musim lepas. Pada usia 34 tahun, itu satu tugas berat untuknya. (Sumber: Harian Metro MY)

ATM memulakan musim liga mereka dengan baik sebelum kekalahan demi kekalahan menghantar mereka ke lembah penyingkiran. Sathianathan cuba bertindak mengubah sistem taktikal pasukannya dengan memperkenalkan Hairuddin Omar sebagai libero – semacam tugas Klaus Augenthaler dalam skuad Jerman Barat pada Piala Dunia 1990.

Musim ini, Sathianathan kelihatan seperti sudah belajar dari kesilapannya pada musim lepas. Hanya seorang penyerangnya pada musim ini berusia atas 30 tahun iaitu bintang Honduras, Jerry Palacios. Dua penyerangnya yang lain sudah berpengalaman bermain di Liga Super dan kualiti pemain tengahnya juga telah dipertingkatkan.

Barisan pemain baru

Musim ini ATM menandatangani 3 penyerang baru. Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo mungkin bergelut untuk menemui sentuhan penyudahnya sejak setahun lepas, tetapi beliau baru berusia 29 tahun dan berada di puncak kariernya. Mungkin bimbingan jurulatih yang menjadikannya salah seorang penyerang berbisa di Malaysia semasa mereka bersama-sama di Kelantan pada 2010 adalah tonik yang diperlukan Mat Yo untuk menyinar.

Abdulafees Abdulsalam merupakan antara pemain yang bertanggungjawab menyelamatkan Perak daripada zon penyingkiran liga musim lepas dan merupakan satu tambahan yang berkualiti buat ATM. Mampu bermain sebagai pemain sayap, penyerang dan penyerang kedua, pemain Nigeria ini juga pantas menyesuaikan diri dalam pasukan baru seperti yang disaksikan penyokong Perak pada musim lepas.

Banyak hype menyelubungi bekas bintang Honduras, Jerry Palacios. Sudahpun berusia 34 tahun, ATM mengharapkan Palacios membawa pengalaman berharga dan saingan sengit kepada pemain lain di jentera serangan.

Obinna Nwaneri mungkin gagal bermain bola sepak profesional selepas dilepaskan oleh Kelantan pada 2012, tetapi pengalamannya bermain di Liga Super dianggap faktor penting bagi Sathianathan untuk mengemudi benteng pertahanan dengan Amirizwan. Beliau pasti mahu membuktikan sesuatu kepada bekas majikannya di Kelantan pada musim ini dengan menghadiahkan persembahan konsisten buat ATM.

Obinna bukan sahaja kental bertahan malah berpengalaman bermain di Malaysia ketika bersama Kelantan (sumber: Suara Sukan)
Obinna bukan sahaja kental bertahan malah berpengalaman bermain di Malaysia ketika bersama Kelantan (sumber: Suara Sukan)

Di tengah, Hairuddin Omar mengharapkan Mario Karlovic dan Fadzli Saari dapat meringankan beban beliau untuk mencipta peluang gol. Karlovic merupakan salah seorang pemain tetap Terengganu yang mencipta 38 gol pada musim lepas, kedua terbanyak di Liga selepas JDT. Ketepatan sepakan percuma dan sudutnya bakal ditagih oleh ATM untuk menjaringkan gol dari situasi bola mati.

Kekuatan

Antara jurulatih tempatan yang tidak pernah membawa pasukan bimbingannya tersingkir dari Liga Super, B. Sathianathan lebih fleksibel dari segi taktikal berbanding jurulatih tempatan lain. Faktor ini mungkin tidak kelihatan penting bagi sesetengah pemerhati bola sepak memandangkan aspek taktikal bukanlah aspek dominan dalam bola sepak Malaysia, tetapi ia menunjukkan keberanian Sathianathan untuk mengubah sesuatu yang tidak menjadi, bukannya degil dan berkeras mempertahankan sistem yang tidak menjadi seperti jurulatih yang lain.

ATM tiada kekuatan yang ketara jika kami jujur dalam analisa kami. Tetapi mereka juga tiada kelemahan yang ketara. Mereka nampak seperti sebuah pasukan mid-table yang tipikal.

Kelemahan

Seperti yang kami beritahu sebelum ini, ATM tiada kelemahan yang ketara. Cuma mereka tampak terlalu bergantung kepada pemain utama mereka. Ini adalah perkara tipikal bagi skuad pertengahan liga. Tanpa pemain utama, mereka kekurangan inspirasi untuk menang. Tetapi dengan kehadiran pemain utama, mereka mampu membuat kejutan menewaskan pasukan besar.

Seperti contoh, kami tidak dapat melihat Yusaini Hafiz mampu menggalas tugas Mat Yo secara konsisten, apatah lagi memberikan persembahan yang mantap sehingga memaksa Sathianathan mengetepikan Mat Yo untuk memberi laluan kepadanya bermain dalam kesebelasan utama.

Kehadiran 3 pemain baru di jentera serangan juga akan mencacatkan kelancaran serangan mereka kerana mereka mempunyai masa yang sangat terhad bermain bersama-sama. Ketika latiha pra-musim ATM bermula di Subang, Mat Yo masih beraksi dalam kejohananan AFF Suzuki 2014. Belumpun mempunyai masa rehat yang ideal, beliau sudahpun kembali ke latihan pra-musim ATM. Kami takkan terkejut jika Mat Yo terpaksa berehat panjang kerana kecederaan jika Sathianthan terlalu mengerah kudrat beliau pada musim ini.

Ayam tambatan

Dikhabarkan Mat Yo menerima gaji bulanan RM80 ribu sebulan (sebelum cukai), sekaligus mengesahkan statusnya sebagai pemain termahal ATM. Dengan gaji sebesar beliau, adalah satu kesalahan jika ATM tidak mengharapkan sekurang-kurangnya 10 gol liga daripada beliau pada musim ini.

10955244_786223331456375_5641062167237890070_n

 

Beliau paling menyerlah beraksi sebagai penyerang kedua, di belakang penyerang utama. Gemar bergerak ke channel untuk mencari ruang larian, Mat Yo perlu mencari sentuhan pemusnahnya semula jika mahu membuang statusnya sebagai pemain berkontroversi di luar padang.

Untung nasib ATM ketika menyerang terletak di kaki Mat Yo (sumber: asiana.my)
Untung nasib ATM ketika menyerang terletak di kaki Mat Yo (sumber: asiana.my)

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN