JDT Mahu Dominasi Mutlak Dalam Liga (Prebiu Liga Super 2015)

Sebagai sebuah kelab besar dan mempunyai aspirasi yang tinggi, JDT pastinya mampu memperbaiki prestasi musim lepas mereka. Meskipun tewas dalam final Piala Malaysia (walaupun pada satu masa mereka mendahului satu gol menentang Pahang yang terpaksa bermain 10 orang), JDT berjaya muncul juara Liga Super 2014. 

Pada awal musim, prestasi JDT agak tidak menentu dibawah kendalian Cesar Jimenez. Mereka mempunyai marquee signing dengan kehadiran lagenda Valencia, Pablo Aimar dalam pasukan mereka. Mereka bermain possession football dengan penekanan terhadap hantaran pendek. Tetapi Jimenez gagal menterjemahkan falsafah bola sepaknya kepada keputusan yang baik di dalam padang.

Cesar Jimenez mungkin mempunyai falsafah bola sepak yang menarik, tetapi it's the win that matters (sumber: Berita Harian SG)
Cesar Jimenez mungkin mempunyai falsafah bola sepak yang menarik, tetapi it’s the win that matters                            (sumber: Berita Harian SG)

 

Dalam dunia bola sepak Malaysia yang agak result-oriented, nasib Jimenez tidak bertahan lama sebelum beliau digantikan oleh Bojan Hodak yang sebelum itu bertugas sebagai technical director nya.

Dari technical director kepada head coach (sumber: ABN Xcess)
Dari technical director kepada head coach (sumber: ABN Xcess)

Di bawah Bojan Hodak, JDT bermain lebih direct dan laju. Bagi Hodak, Pablo Aimar bukanlah pemain yang JDT perlukan. Aimar dilihat sebagai kemewahan (luxury), bukannya kemestian (necessity). Aimar kemudiannya digantikan dengan rakan senegaranya yang lebih muda, tetapi kurang terkenal iaitu Jorge Pereyra Diaz. Langkah ini sangat berisiko tetapi Hodak ternyata tahu dengan apa yang beliau lakukan.

Aimar pemain yang hebat tetapi bukanlah pemain yang JDT perlukan musim lepas (sumber: asiana.my)
Aimar pemain yang hebat tetapi bukanlah pemain yang JDT perlukan musim lepas (sumber: asiana.my)

Jorge Pereyra Diaz bukan sahaja penyerang yang sesuai bermain dalam pelan taktikal Hodak, malah merupakan pemain yang menyuntik inspirasi kepada pemain lain. Kebolehan teknikalnya setaraf dengan Pablo Aimar, cuma Diaz lebih dahagakan kemenangan untuk JDT. Musim lepas beliau menjaringkan 8 gol dalam 11 penampilan liga.

Musim ini JDT membuat sasaran untuk mempertahankan kejuaraan liga mereka. Tetapi tugas mereka akan menjadi lebih sukar kerana musim ini, mereka akan terlibat dalam pertandingan bola sepak peringkat Asia. Jadual mereka akan lebih sibuk.

Tetapi dengan perlepasan beberapa pemain simpanan seperti Norazlan Razali dan S. Subramaniam, dan kemasukan pemain-pemain baru yang berkualiti seperti Fandi Othman, Farizal Marlias dan Junior Eldstal, JDT mempunyai kapasiti untuk mendominasi liga.

Barisan pemain baru

Kemasukkan Farizal Marlias yang menggantikan Norazlan Razali menandakan saingan jersi no. 1 JDT akan menjadi sangat sengit diantara penjaga gol muda berpotensi tinggi, Izham Tarmizi dan Al-Hafiz Hamzah yang bertanggungjawab menjaga gawang JDT dalam perjalanan mereka merangkul kejuaraan liga musim lepas.

Farizal Marlias dijangka akan mengambil alih jersi no. 1 JDT (sumber: blogspot)
Farizal Marlias dijangka akan mengambil alih jersi no. 1 JDT (sumber: blogspot)

Junior Eldstal bakal memberikan physical presence di bahagian midfield tengah yang JDT perlukan pada musim lepas selepas midfield mereka sering dibuli oleh Dickson Nwakaeme berkali-kali. Eldstal bukan sahaja mempunyai fizikal yang kuat, malah selesa bermain possession football seperti yang beliau buktikan ketika bermain di bawah tunjuk ajar Ong Kim Swee.

Junior Edlstal merupakan tambahan yang sangat berkualiti bagi JDT (sumber: espnfc)
Junior Edlstal merupakan tambahan yang sangat berkualiti bagi JDT (sumber: espnfc)

Dengan S. Kunanlan dan S. Chanturu, JDT mempunyai dua pemain sayap direct yang laju, berstamina tinggi dan berada di puncak karier masing-masing. Gary Steven Robbat mungkin telah digantung tiga bulan, tetapi berdasarkan kenyataan Gary di media dan Tengku Mahkota Johor selepas FAM menggantung beliau, berkemungkinan besar Gary akan kembali ke JDT semula.

Fandi Othman merupakan nama tetap dalam kesebelasan utama Harimau Muda A yang bersaing dalam liga kedua Australia di Queesland dan bakal mencabar Asraruddin di posisi bek kiri. Rakannya di Harimau Muda A, Amer Saidin pula merupakan pertahanan jelmaan Aidil Zafuan, seorang pertahanan tengah yang pandai membuat sepakan percuma.

Amer Saidin merupakan tonggak utama Harimau Muda A yang beraksi di Australia tahun lepas (sumber: Johorsoutherntigers)
Amer Saidin merupakan tonggak utama Harimau Muda A yang beraksi di Australia tahun lepas (sumber: Johorsoutherntigers)

Kekuatan

Seperti kelab-kelab besar lain, JDT mempunyai squad depth yang besar. Mereka mempunyai sekurang-kurangnya 2 pemain berkualiti di setiap posisi, satu kriteria utama dalam sebuah pasukan yang mahu merebut kejuaraan liga.

Dengan jumlah penyokong yang semakin bertambah, infrastruktur kelab yang bertaraf dunia, penaung kelab yang dahagakan kejayaan, JDT mempunyai tarikan yang besar untuk menarik pemain berkualiti tinggi ke pasukan mereka. Jika pelan mereka tidak menjadi pada separuh masa pertama saingan liga, JDT mempunyai dana dan bulan April untuk memperbetulkan kesilapan mereka.

Kelemahan

Dengan JDT cenderung untuk menyerang, barisan pertahanan mereka kerap hilang konsentrasi untuk mengelak gawang mereka ditembusi. Aidil tampak lebih bagus ketika bermain di posisi bek kanan, tetapi kerap keluar dari posisi ketika bermain di tengah. Komunikasi antara Marcos Antonio dan Fadhli Shas masih boleh diperbaiki. Asraruddin pula kental bertahan tetapi nampak one-dimentional ketika membantu serangan. Fandi Othman dan Amer Saidin pula masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri bermain di pasukan baru.

Ayam tambatan

Tanpa ragu-ragu, ia adalah Jorge Pereyra Diaz. Nama Luciano Figueira mungkin kerap muncul di tajuk-tajuk akhbar utama tetapi Diaz adalah pemain yang membuatkan ahli-ahli pasukannya bersinar. Mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi, tidak tamak dan gopoh di kubu lawan, Diaz berada di laluan tepat untuk menjadi lagenda di Larkin.

Prestasi Jorge Pereyra Diaz penting untuk kejayaan JDT (sumber: johorsoutherntigers)
Prestasi Jorge Pereyra Diaz penting untuk kejayaan JDT (sumber: johorsoutherntigers)

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN