Pahang FA Nafi Mahu Jadikan Sumareh Sebagai Pemain Naturalisasi

Adakah Mahmadou Sumareh akan menjadi pemain naturalisasi di negara kita?

Beliau nyata adalah pemain yang mempunyai ciri kesesuaian untuk bermain dalam landskap bola sepak negara.

Malah beliau juga telah beraksi selama 5 tahun di Malaysia dan ia membolehkan beliau beraksi untuk pasukan Malaysia.

Ketika bercakap kepada Astro Awani, pengurus Pahang iaitu Datuk Che Nasir Salleh telah mengatakan kesediaan Pahang untuk mendapatkan Sumareh sebagai pemain naturalisasi.

Menurut beliau, Pahang dalam proses untuk siapkan dokumen untuk menjadikan Sumareh sebagai pemain naturalisasi dan kemudiannya mendaftarkan beliau sebagai pemain tempatan di jendela perpindahan Liga Malaysia pada pertengahan musim.

Pendapat peribadi

Namun apa yang diperkatakan oleh Nasir adalah tidak benar menurut Pahang.

Menerusi laman Facebook mereka, pihak Pahang mengatakan yang apa yang diperkatakan Nasir adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak mewakili Pahang secara keseluruhannya.

Pihak Pahang telah mengeluarkan kekesalan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurus Pahang mengenai perkara tersebut dan berkata urusan pemberian kerakyatan adalah tertakluk kepada kerajaan Malaysia.

“Pemberian kerakyatan adalah hak mutlak rakyat Malaysia dan ia termaktub dalam perlembagaan negara.”

Menurut Pahang di akhir kenyataan, mereka bakal memanggil Nasir untuk memberikan penjelasan disebalik kenyataan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN