Mohammed Ghaddar Sah Tinggalkan Kelantan, Umum Perpindahan Ke JDT

Akhirnya, pelbagai cerita mengenai tajuk ini telah pun menemui jalan penamatnya.

Spekulasi perpindahan mengenai pemain utama Kelantan iaitu Mohammed Ghaddar akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengumumkan ke mana beliau mahu pergi.

Ghaddar kini SAH ke JDT pada pertengahan musim ini.

Perkara ini telah pun disahkan beliau sendiri melalui laman rasmi Instagram beliau yang kemudiannya disiarkan oleh laman Facebook pasukan Kelantan.

“Selepas separuh musim yang cukup hebat bersama pasukan Kelantan, dengan segala hormatnya saya mengumumkan pemergian saya dari pasukan Kelantan.”

“Saya akan tinggalkan pasukan Kelantan untuk teruskan karier saya bersama pasukan JDT.”

Ghaddar sifatkan yang peluang ke JDT ini merupakan peluang terbaik keemasan beliau untuk menyertai pasukan tersebut.

“Ini merupakan peluang terbaik saya untuk sertai pasukan JDT sebagai pemain bola sepak profesional dan ia juga adalah untuk keluarga saya.”

Beliau dalam masa yang sama turut mengucapkan penghargaan terhadap Tan Sri Annuar Musa yang menganggap Ghaddar sebagai anak beliau sendiri.

“Saya hargai apa sahaja yang Kelantan lakukan kepada saya terutamanya Tan Sri Annuar Musa yang menganggap saya sebagai anak beliau sendiri.”

“Saya akan sentiasa kenang Kelantan sebagai rumah kedua saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN