Pahang Mulakan Langkah Tarik Penyokong Ke Stadium

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) semalam mengumumkan penurunan harga tiket bagi semua perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur musim ini sebanyak RM2.00.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebook rasmi Pahang FA,  ia adalah inisiatif daripada pihak PBNP bagi menghargai penyokong setia Pahang yang sentiasa hadir dan memberikan sokongan padu kepada skuad tok gajah.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abd Manaf berkata, persatuan itu juga akan menilai dan mengumumkan semula harga tiket bagi perlawanan Piala FA dan Piala Malaysia.

“Harga tiket bagi semua perlawanan Liga Super musim ini di Stadium Darul Makmur diturunkan sebanyak RM2 manakala harga tiket Piala FA dan Piala Malaysia akan diumumkan nanti,” katanya.

Dengan penurunan sebanyak RM2.00, harga tiket terbaru bagi perlawanan di Stadium Darul Makmur ialah RM23 untuk tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung), RM10 (terbuka) dan RM6 (kanak-kanak). Pihak PBNP turut menyediakan kaunter jualan tiket khas untuk golongan wanita.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai penyokong Pahang meluahkan rasa berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak PBNP yang menghargai pengorbanan para penyokong.

Langkah penurunan harga ini secara tidak langsung dapat menarik minat para penyokong tok gajah untuk kembali memenuhi Stadium Darul Makmur.

“Salah satu langkah yang sangat bijak dengan cara menurunkan harga tiket. Confirm setiap game penuh 30k penyokong Pahang datang menyokong,” kata salah seorang penyokong Pahang yang dikenali sebagai Cupot Hero.

Sementara itu, seorang penyokong setia JDT turut memuji tindakan PBNP menurunkan harga tiket dan menyifatkan PBNP membuat tindakan yang betul untuk tarik penyokong ke Stadium.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN