Jaringan Daniel Amier Tercalon Dalam Anugerah Gol Terbaik Kejohanan AFC B-23 2018

Masa untuk mengundi telah pun tiba!

Jangan salah faham, bukan mengundi untuk pilihan raya umum tetapi untuk anugerah gol terbaik bagi Kejohanan AFC B-23 yang berlangsung di China baru-baru ini.

Sebanyak 10 gol telah pun dipilih sebagai calon untuk anugerah gol terbaik ini, dengan salah satu daripada calon gol tersebut adalah dari wakil negara kita!

Gol Daniel Amier untuk Malaysia ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Arab Saudi telah dipilih oleh pihak AFC untuk menjadi calon bagi anugerah tersebut.

Jaringan Daniel ini cukup signifikan buat Malaysia apabila jaringannya itu memberikan tempat buat skuad negara di suku akhir kejohanan tersebut.

Selain dari gol Daniel, terdapat juga 9 calon lain yang disenarai pendek oleh AFC:

  • Azizjon Ganiev – UZBEKISTAN menentang Korea Selatan
  • Almoez Ali – QATAR menentang China
  • Nguyen Quang Hai – VIETNAM menentang Uzbekistan
  • Nguyen Quang Hai – VIETNAM menentang Qatar
  • Mohanad Fannoun – PALESTIN menentang Thailand
  • Mohammed Jaffal – IRAQ menentang Malaysia
  • Bahar Faisal – JORDAN menentang Arab Saudi
  • Han Seung-gyu – KOREA SELATAN menentang Australia
  • Jasurbek Yakhshiboev – UZBEKISTAN menentang Korea Selatan

Setakat artikel ini ditulis, gol dari Nguyen Quang Hai ketika menentang Uzbektistan telah jauh meninggalkan gol-gol yang lain.

Sementara gol Daniel pula kini berada ditangga ke-4 ketika ini.

Kami tahu rakyat Malaysia memang handal dalam hal mengundi ini, mari undi gol Daniel dengan klik pada link di sini.

Anda juga boleh menonton gol-gol terbaik itu dalam pautan yang kami berikan sebentar tadi.

Ayuh sokong Daniel Amier untuk Malaysia!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN