Pahang Masih Hutang Gaji Dengan Patrick Cruz

Masihkah anda ingat dengan Patrick Cruz?

Pemain yang pernah diangkat sebagai wira Pahang kerana berjaya merakamkan hatrik ketika menentang Johor Darul Ta’zim dalam saingan Piala FA 2018 di Larkin.

Beliau kini sudah tidak bersama-sama Pahang, akan tetapi Cruz masih lagi mempunyai urusan yang tidak selesai dengan pasukan itu.

Menurut Cruz, Pahang masih lagi berhutang dengan beliau sejumlah bayaran gaji yang masih lagi tertunggak sehingga kini.

“Pahang masih lagi berhutang bayaran gaji dengan saya sejak 2018.”

“Ianya satu penghargaan untuk bermain di sana dan saya berikan yang terbaik untuk pasukan, tetapi mereka tidak menghormati saya.”

Cruz memberikan kata dua kepada Pahang sama ada berikan gaji yang tertunggak kepada beliau atau kes ini akan dibawa ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Saya tidak boleh tunggu lagi, saya akan dapatkan duit atau saya bawa perkara ini kepada pihak FIFA.”

Cruz jelas berasa kecewa dengan pengurusan Pahang selepas apa yang diberikan beliau sedangkan dirinya cukup sayangkan pasukan itu.

“Saya sayangkan pasukan dan rakan-rakan sepasukan, dan saya telah tunggu lebih dari setahun. Mereka tangguhkan gaji bagi ramai pemain.”

Luahan Patrick Cruz di Instagram Story beliau yang mendapat laman IG peminat Pahang. GAMBAR: @pahangfa_officialfans (Instagram)

Leave a Reply