Pahang Jumpa Kedah Tanpa Tiga Tonggak Utama

Ketua jurulatih skuad tok gajah, Dollah Salleh mengesahkan pasukannya bakal bertandang ke Stadium Darul Aman, Alor Setar untuk pertemuan Liga Super menentang Kedah  Jumaat ini tanpa kelibat tiga tonggak utama.

Tiga pemain tersebut ialah pemain skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh,  dan dua pemain pertahanan iaitu Herold Goulon dan Faisal Rosli. Mereka digantung satu perlawanan selepas mengutip tiga kad kuning.

Namun begitu, ketiadaan mereka tidak begitu membimbangkan Dollah kerana mereka masih mempunyai pengganti yang boleh diharapkan untuk memastikan tiga penuh dibawa pulang dari tempat lawan.

“Setakat ini, saya boleh sahkan Goulon, Faisal dan Sumareh tidak akan bersama kita di Alor Setar kerana masing-masing mengutip tiga kad kuning dan digantung satu perlawanan.

“Namun, saya tidak nampak ketiadaan mereka bertiga akan menyukarkan peluang mencatatkan kemenangan.

“Sesi latihan dijalankan selepas Aidilfitri menunjukkan kesungguhan semua pemain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, jadi saya percaya mereka boleh memikul tanggungjawab perlawanan itu nanti,” katanya kepada Harian Metro.

FOTO: Pahang FA

Dollah dijangka akan menurunkan Bunyamin Umar dan dua pemain skuad Malaysia B-23 iaitu Faisal Halim serta R. Dinesh bagi mengisi kekosongan tiga pemain utama yang digantung.

Beliau juga yakin dengan kemampuan tiga pemain skuad Harimau Malaya yang beraksi dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 kelmarin iaitu Matthew Davies bersama Nor Azam Azih dan Norshahrul Idlan Talaha.

Malah, seorang lagi penyerang baharu, Lazarus Kiambi yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua minggu lepas bakal membuat penampilan sulung dalam saingan Liga Super jumaat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN