Pahang Hilang Khidmat Penyerang Berbisa, Matheus Alves

Penyerang import sensasi dari Brazil, Matheus Alves mengesahkan beliau telah menyertai sebuah kelab dari Korea Selatan, Suwon FC sekaligus menolak khabar angin mengenai status pemain itu dengan skuad Pahang untuk saingan Liga Malaysia musim ini.

Matheus Alves yang menyertai Pahang musim lepas secara pinjaman dari kelab Brazil, Fluminense FC telah menjaringkan 18 gol dalam 21 penampilan dengan skuad tok gajah itu.

Melalui laman instagram miliknya, Alves mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang sentiasa menyokong di belakangnya dan juga kepada pihak pengurusan pasukan Pahang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan, pengurus, jurulatih dan para penyokong Pahang.

“Ia merupakan kenangan yang terindah dalam hidup saya dimana saya dengan keluarga sangat gembira dan kami mempunyai ramai kawan di sana.

“Saya harap satu hari nanti saya akan kembali semula menyertai kelab ini dan mengembirakan penyokong yang sentiasa menyokong di belakang pasukan.

“Saya berbangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah pasukan ini dan terpaksa mencari haluan baru. Terima kasih banyak-banyak,” katanya seperti dipetik melalui laman instagramnya.

Ketiadaan beliau jelas merupakan satu kehilangan besar kepada pasukan dari pantai timur itu kerana prestasi konsistennya yang sentiasa menjaringkan gol dan Pahang dijangka mempunyai pengganti yang lebih baik daripadanya.

Alves sebelum ini beraksi dengan kelab Korea Selatan Gangwon FC sentiasa menjadi taruhan jurulatih Dollah Salleh di bahagian serangan selain dibantu seorang lagi pemain import Mohamadou Sumareh untuk merobek gawang pihak lawan.

Walaupun gagal memenangi sebarang Piala musim lepas, beliau sempat membantu Pahang mara ke perlawanan akhir Piala FA dimana Pahang tewas kepada Kedah serta membantu pasukan Pahang menduduki tempat kedua dalam saingan Liga Super 2017 di belakang JDT.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN