Hertha Berlin Tampil Kelab Pertama Bundesliga Tubuh Akademi Untuk E-Sport

Kelab bola sepak Jerman, Hertha Berlin akan melancarkan akademi khas untuk membangunkan bakat di dalam bidang bola sepak.

Namun demikian akademi berkenaan bukanlah seperti yang kita fikirkan dengan aksi-aksi di padang, bermandi peluh dan padat dengan saingan secara fizikal.

Sebaliknya akademi yang sedang dalam perancangan Hertha Berlin, ialah akademi bola sepak khusus untuk mencungkil bakat di dalam E-Sport atau turut dikenali sebagai E-Sukan, atau permainan video secara maya, khusus untuk permainan FIFA.

(Photo by City-Press via Getty Images)

Kewujudan akademi berkenaan sekali gus menjadikan Hertha Berlin sebagai kelab bola sepak pertama di Bundesliga untuk memiliki pusat untuk melahirkan pemain E-Sukan sendiri.

Sepertimana akademi bola sepak yang kita ketahui memiliki pencari bakat untuk mengesan bakat baru bola sepak, akademi E-Sukan milik Hertha Berlin ini juga mempunyai peranan yang sama untuk mencungkil bakat di dalam permainan video.

Sebagai permulaan, Hertha dilaporkan telah melantik Matthias Hietsch, seorang pemain E-Sukan terkemuka di Jerman pada 2017, yang diberikan peranan untuk mengetuai cabang baru sukan bola sepak tersebut.

Hetha akan bekerjasama dengan Star, iaitu sebuah agensi E-Sukan dan juga sebuah firma insuran di Jerman, AOK Nordust untuk projek berkenaan.

Tumpuan utama pencarian bakat untuk mewakili Hertha akan tertumpu di kejohanan-kejohanan E-Sukan di sekitar Berlin dan juga Mecklenburg-Vorpommen, dengan pemain di antara usia 12 sehingga 18 tahun menjadi sasaran untuk menyertai akademi berkenaan.

Bagaimanapun, hanya 2 sehingga 4 pemain yang benar-benar layak akan diserap masuk ke akademi E-Sukan Hertha, sebelum mereka dibimbing oleh Ben Paul, seorang produser terkenal mengenai FIFA di You Tube mengenai media digital.

Langkah oleh Hertha Berlin diambil setelah beberapa kelab bola sepak utama sekitar Eropah mulai menubuhkan pasukan E-Sukan masing-masing sejak beberapa tahun yang lalu.

Antara kelab yang memiliki pasukan E-Sport mereka sendiri ialah AS Roma, Manchester City, Paris Saint-Germain dan juga Heracles Almelo di Belanda yang menjadi kelab bola sepak pertama di dunia menubuhkan akademi E-Sukan di dunia pada Julai lalu.

French Lucas “DaXe” Cuillerier, from PSG Esports Team (C), winner of the ESWC Fifa 18 Challenge, poses with his trophy and ceremonial check on November 5, 2017, with German Florian Muller “Cody” from FC Basel (R, silver), and Vinken Lev, from Sparta Rotterdam FC (L, Bronze), during the 2017 Paris Games Week exhibition at the Porte de Versailles exhibition centre in Paris. / AFP PHOTO / THOMAS SAMSON (Photo credit should read THOMAS SAMSON/AFP/Getty Images)

“Selepas berjaya dengan akademi bola sepak, kami mahu memanjangkan usaha tersebut ke dalam bidang E-Sukan dan juga dunia digital.”

“Matlamat kami ialah untuk mencari bakat baharu di dalam E-Sukan, untuk melatih mereka dengan inovasi dan mewakili Hertha BSC secara profesional di dalam sukan E-Sukan,” ujar Paul Keuter yang merupakan salah seorang lembaga pengarah di Hertha Berlin.

Untuk rekod, Hertha Berlin kini menduduki tangga ke-10 Bundesliga, dan akan bertandang ke VfB Stuttgart pada 13 Januari akan datang selepas berjaya menundukkan RB Leipzig 3-2 di Red Bull Arena, Leipzig pada 18 Disember lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN