Pahang FA Tidak Goyah Tanpa Dollah, Melaka United Terus Derita

Ini adalah perlawanan minggu ke-17 Liga Super Malaysia 2017. Pahang FA dan Melaka United hadir ke Stadium Darul Makmur dengan misi tersendiri.

Tuan rumah, Pahang ingin mengakhiri kedudukan Liga Super 2017, sekurang-kurangnya di tangga ke-2. Melaka United pasti ingin mencari mata selamat untuk kekal di Liga Super pada musim hadapan.

Pahang kali ini diketuai oleh Ahmad Shaharudin Ahmad Rosdi selepas FAM mengumumkan hukuman pergantungan 18 bulan terhadap Dollah Salleh. Tampil dengan formasi 4-4-2, misi menjaringkan gol pasti diletakkan di bahu Matheus Alves.

Kredit: MUSA, Facebook.

Melaka United segar dari kemenangan ke atas Pulau Pinang dalam perlawanan Liga Super yang lalu. Tampil dengan posisi 4-2-3-1, Eduaro Almeida pasti menagih keringat Marko Simic untuk terus konsisten mencetak gol buat pasukan negeri Hang Tuah ini.

Pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali meniupkan wisel sebagai tanda sepak mula perlawanan di antara Pahang FA menentang Melaka United.

Separuh Masa Pertama

Perlawanan bermula dengan agak seimbang. Kedua-dua pasukan cuba mengawal bahagian tengah untuk menguasai perlawanan.

Bagaimanapun, Pahang terlebih dahulu meletakkan cengkaman di dalam perlawanan ini.

Yamil Romero menyambar bola muntah daripada penjaga gol Melaka hasil rembatan Ashari Samsudin untuk meletakkan skuad Tok Gajah di hadapan seawal minit ke-5. Pahang 1-0 Melaka.

Kredit: Pahang FA, Facebook.

Tersentak dengan jaringan itu, Melaka turut cuba melakukan serangan balas.

Namun demikian, sepakan percuma dari sebelah kanan gawang Pahang disia-siakan apabila pengadil meniup wisel selepas kekasaran terhadap penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Kedua-dua pasukan sering berbalas gerakan selepas itu, tetapi tiada percubaan berbahaya sehinggalah percubaan Matthew Davies pada minit ke-23. Namun rembatan dari luar kotak penalti Davies leret, terus ke dakapan Mohamad Firdaus Muhamad.

Pada minit ke-30, gerakan satu dua Ashari Samsudin dan Mattheus Alves memberikan ruang untuk Ashari melepaskan rembatan yang muntah dari dakapan Mohamad Firdaus Muhamad sebelum bola dikeluarkan oleh pertahanan Melaka dari zon bahaya.

Nicholas Ryan Swirad melepaskan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan untuk pasukan Melaka apabila tandukannya hasil sepakan percuma dari sebelah kanan gawang Pahang tersasar pada minit ke-33.

Kredit: Pahang FA, Facebook

Tidak lama selepas itu, hantaran cut back Mohamadou Sumareh pada minit ke-35, gagal disempurnakan Wan Zaharulnizam.

Minit ke-37 menyaksikan gol Marko Simic dibatalkan kerana offsaid. Selepas itu, Matthew Davies menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning dalam perlawanan ini selepas menarik Fauzi Roslan.

Minit akhir separuh masa pertama, pertahanan pasukan Melaka, Faizal Muhamad dilayangkan kad kuning selepas menjatuhkan Mohamodou Sumareh.

Sepakan percuma untuk pasukan Pahang selepas itu turut tidak menemui hasil sebelum pengadil perlawanan menamatkan saingan separuh masa pertama dengan Pahang mendahului Melaka dengan jaringan 1-0.

Separuh Masa Kedua

Melaka United memulakan sepak mula pada separuh masa kedua. Tanpa berlengah, Melaka United terus mengancam kubu Pahang dalam misi memburu gol penyamaan.

Situasi kelam kabut di hadapan gawang pada minit ke-46 perlawanan menyaksikan rembatan leret R. Surendran didakap kemas penjaga gol Pahang, Wan Muhammad Azraie Wan Teh.

Photo by : Norazmi Ibrahim | www.asiana.my

Pada minit ke-53, lorongan pendek Matheus Alves menemui Mohamadou Sumareh di dalam kotak penalti pasukan Melaka.

Sumareh tidak mensia-siakan peluang kali ini apabila rembatannya menerjah jaring gol lawan untuk Pahang mendahului selesa dengan jaringan 2-0.

Alves turut hampir menjaringkan gol selepas itu, namun rembatannya didakap kemas oleh penjaga gol pasukan Melaka United, Mohamad Firdaus.

Mohamad Firdaus beraksi cemerlang pada minit ke-60 perlawanan apabila bijak membaca gerakan Alves sebelum menampan rembatan kencang penyerang import pasukan Pahang itu.

Kredit: MUSA, Facebook.

Pada minit ke-65 perlawanan, Marko Simic melepasskan peluang terbuka untuk merapatkan kedudukan apabila tandukannya tinggi melewati palang.

2 minit selepas itu, giliran Ashari Samsudin mensia-siakan peluang apabila menanduk tinggi hantaran Yamil Romero dari sepakan penjuru.

Wan Zaharulnizam turut merembat liar selepas menerima hantaran Alves walaupun hanya perlu menumpaskan Mohamad Firdaus pada minit ke-75 perlawanan.

Kedua-dua pasukan turut membuat beberapa pertukaran pemain untuk mengekalkan rentak permainan. Melaka mengeluarkan Jeon Woo dan G. Puaneswaran untuk memberi laluan kepada Ahmed Ezrie dan Fandi Othman.

Manakala Pahang turut mengeluarkan Ashari Samsudin  dan Sumareh,  memasukkan Faisal Abdul Halim dan Christie Jayaseelan.

Kredit: MUSA, Facebook

Minit akhir perlawanan sekali lagi, Marko Simic gagal menyempurnakan hantaran lintang yang diterimanya apabila percubaan Simic sekadar tersasar liar.

3 minit masa tambahan diberikan pengadil perlawanan, menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menambah sebarang gol.

Pengadil perlawanan meniup wisel penamat. Keputusan kekal Pahang FA 2-0 Melaka United.

Rumusan

Tidak ada banyak perubahan pada kedudukan Liga Super melibatkan kedua-dua pasukan. Pahang terus berada di kedudukan ketiga dengan 5 pasukan teratas Liga Super masing-masing mencatat kemenangan.

Melaka United jelas perlu melakukan sesuatu untuk bangkit jika ingin terus kekal dalam saingan Liga Super pada musim hadapan.

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN