Pahang Dicabar PIB FC, JDT Dapat ‘Bye’ Pada Pusingan Kedua Piala FA 2019

Piala FA
Neymar called up for World Cup qualifiers against Colombia and Argentina Loading official content
Neymar called up for World Cup qualifiers against Colombia and Argentina
Neymar got called up for the Brazilian national team to play against Colombia and Argentina in the 2026 World Cup qualifiers.
0 seconds of 1 minute, 43 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:43
01:43
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Amorim claims Zirkzee deserved the goal at Real Sociedad Maresca: 'An important win for many reasons' Postecoglou: 'A disappointing night at AZ Alkmaar' Indian Super League: Hyderabad 1-3 Punjab FC Brace from Kane as Bayern celebrate 3-0 UCL win in front of the fans Hurzeler's speech after beating Newcastle: 'Stay Humble' Funny own-goal gives Chivas the lead in Mexico Clasico against América Madura United's long trip to Chinese Taipei ahead of AFC Challenge League Lizbeth Ovalle scores astonishing 'inverted scorpion' goal for Tigres Women Echeverri gets a private tour of the Etihad Stadium Salah shows his class on the volley Fujino’s first WSL goal seals Man City win at Spurs Sergio Ramos’ first goal for Monterrey Lihat lebih video CBF di OneFootball

Juara Shopee Piala FA Malaysia 2018, Pahang mendapat laluan selesa dalam misi mempertahankan kejuaraan apabila akan berhadapan pasukan amatur, Persada Integriti Bersatu (PIB FC) pada undian yang dijalankan sebentar tadi.

Majlis undian yang dihadiri Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi, Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) turut menyaksikan Johor Darul Ta’zim telah mendapat laluan percuma ‘Bye’ sekaligus mereka hanya akan menanti pemenang yang lain pada pusingan 16 terbaik nanti.

Pasukan Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) bakal berdepan laluan getir apabila telah diundi menentang satu lagi pasukan dalam saingan Liga Super iaitu Melaka United di laman sendiri.

Bagi pasukan Liga Super yang lain, diatas kertas memperlihatkan kelebihan buat mereka apabila Perak akan bertemu Negeri Sembilan di Ipoh dan Kedah pula bakal membuat perhitungan dengan Selangor United di gelanggang lawan.

Lima lagi pasukan dalam saingan utama bola sepak negara iaitu naib juara edisi lalu, Selangor, Petaling Jaya City dan Felda United akan bertandang ke gelanggang lawan untuk berdepan Kelantan, UITM FC, Kuching FA dan Ultimate FC.

Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) akan berhadapan pasukan yang mencatatkan kemenangan terbesar setakat ini dalam saingan Piala FA iaitu Batu Dua FC manakala Kuala Lumpur menanti cabaran Tun Razak FC.

Pada aksi perlawanan akhir musim lalu yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang berjaya menundukkan Selangor dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Nor Azam Azih dan sepakan penalti daripada Patrick Dos Santos Cruz.

Berikut adalah senarai penuh perlawanan pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia 2019:

Kredit foto: MFL & Mstar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN