Pahang Dan JDT Ujian Sebenar Skuad Helang Merah

Tugas sukar sedang menanti pasukan Kedah apabila mereka dijadualkan bertemu dua pasukan gergasi bola sepak tempatan, Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super selepas ini.

Malangnya mereka terpaksa bakal berdepan dua pasukan teratas liga itu tanpa khidmat tonggak pertahanan dari Brazil, Renan Da Silva Alves yang digantung perlawanan selepas dilayangkan kad merah ketika pasukan itu diikat 0-0 dengan PKNS FC di Stadium Darul Aman.

Namun pengendali skuad itu, Aidil Sharin Sahak enggan mengangkat bendera putih sebaliknya yakin dengan kemampuan pemain simpanan yang akan menggantikan tempat Alves.

“Renan perancang utama permainan tetapi dia tidak dapat bermain dalam dua perlawanan bertemu Pahang dan JDT. Saya kena rancang semula barisan pemain. Tanpa Renan memang sukar, jadi kami perlu membuat perancangan yang betul.

“Apa yang penting sekarang adalah mengembalikan keya­kinan pemain dan menyusun strategi terbaik. Berdepan Pahang bukan tugas mudah, begitu juga JDT,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia.

Renan Alves sentiasa memastikan benteng pertahanan Kedah kebal daripada ancaman pasukan lawan. FOTO: KFA

Mengulas mengenai perlawanan menentang PKNS FC, Aidil me­ngakui, pasukannya mempunyai masalah penyudah yang tumpul dan gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang untuk mendapatkan gol kemenangan.

“Saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan, kerana kita lihat pemain bermati-matian menyekat serangan lawan dan mencipta beberapa pe­luang,” katanya.

Kedah ketika ini menduduki tangga ketiga liga dengan 11 mata yang sama dengan pasukan Pahang tetapi dipisahkan dengan jumlah perbezaan gol.

Mereka akan bertandang ke Kuantan pada Jumaat ini sebelum menerima kunjungan juara bertahan Liga Super JDT pada 31 Mac di Stadium Darul Aman. Dua perlawanan ini pasti menjadi tumpuan peminat bola sepak tanah air.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN