Pahang Buru Gelaran Naib Juara, Kelantan Buru Slot Piala Malaysia

Kejayaan PKNS FC menewaskan Perak, 4-1 pada aksi terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam semalam telah membuka peluang kepada pencabar terdekat, Pahang untuk meraih gelaran naib juara Liga Super musim ini.

Skuad Tok Gajah yang kini mengumpulkan 34 mata selepas 21 perlawanan hanya perlu menewaskan Kelantan di Stadium Kota Bahru malam ini bagi mengesahkan kedudukan tempat kedua itu.

Namun begitu, Kelantan enggan memberi laluan mudah kepada Pahang walaupun mereka sudah pun tersingkir ke saingan divisyen dua, Liga Premier musim depan.

Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah berkata kepada Berita Harian menegaskan 3 mata tetap diburu bagi memastikan slot terakhir Piala Malaysia menjadi milik mereka setelah Negeri Sembilan tewas 1-3 kepada Melaka United semalam.

“Ini kerana kedua-dua pasukan merebut tempat ke saingan itu berdasarkan keputusan malam ini (semalam). Jika Melaka menang, kita memerlukan jaringan yang besar menewaskan Pahang malam esok bagi memastikan tempat untuk pasukan.

“Apapun pasukan tetap mengharapkan keputusan positif dan berusaha sedaya upaya menentang Pahang,” kata Yusri.

Kelantan

Yusri turut mengesahkan tiada perubahan drastik dilakukan ke atas pasukannya sebaliknya mahu barisan pemain memanfaatkan peluang yang ada.

“Saya dikhabarkan, Pahang bakal menurunkan barisan muda dalam perlawanan nanti dan kita perlu bersedia dengan perkara itu kerana pastinya pemain yang bakal diturunkan akan beraksi dengan sebaiknya untuk memikat hati jurulatih bagi diserap ke skuad utama musim depan.

“Apa yang boleh dikatakan perlawanan esok bagi saya menjadi perlawanan terakhir pasukan dalam saingan Liga Super musim ini dan jika diizinkan saya mahu tamatkan dengan satu keputusan positif,” katanya.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh menegaskan beliau akan mempertaruhkan barisan kedua berikutan kecederaan yang menimpa beberapa tonggak utama.

“Apa yang boleh saya katakan bahawa pasukan ini tidak akan menyenaraikan kesebelasan utama berdepan Kelantan bagi mengelakkan kecederaan.

“Saya percaya pemain yang bakal menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan itu dapat mempamer prestasi terbaik dan membuktikan mereka juga bagus.

“Oleh itu, saya mengharapkan keputusan positif dan ia juga persediaan menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bulan depan,” katanya.

Ayam tambatan Pahang, Patrick Cruz dijangka tidak beraksi malam ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk menyenaraikan barisan pemain muda bertemu Kelantan dengan mengharapkan keputusan positif diraih.

“Setakat ini, mereka yang mempamerkan kesungguhan dan semangat tinggi dalam latihan akan disenaraikan untuk membuktikan mereka juga layak berada dalam kesebelasan utama,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN