Pagi Kecil Hati, Petang Bagi Cuti, Jiwa Besar Menteri Wilayah Shahidan Kassim Raih Pujian Netizen

Shahidan Kassim Cuti Kuala Lumpur

Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima berita gembira pada petang ini selepas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan cuti am tambahan pada Jumaat 3 Disember 2021 ini.

Meskipun yang menjuarai Piala Malaysia adalah pasukan Kuala Lumpur City, turut mendapat manfaat adalah dua Wilayah Persekutuan lain iaitu Putrajaya dan Labuan.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Arau berkenaan ketika sesi bersantai di kawasan rekreasi Tangga Putrajaya.

“Semalam, pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) telah menjuarai Final TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil,” ujar kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan itu.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian yang terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia yang mana kali terakhir kemenangan pada  tahun 1989.

“Justeru adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat, 3 Disember 2021 diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

“Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta  369] bagi Wilayah Persekutuan.”

Pada sebelah pagi, Shahidan memuat naik satu hantaran dalam akaun Facebook bahawa penganjur pertandingan akhir Piala Malaysia kerana tidak menjemput beliau meraikan kejayaan Kuala Lumpur City (KL City FC) muncul juara Piala Malaysia pada musim ini.

Malah namanya juga tidak disebut oleh pengacara majlis meskipun beliau hadir dan duduk di pentas utama bersama beberapa orang kenamaan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN