PAFA Turut Beri 1,500 Tiket Percuma Untuk Penyokong Kedah

Semalam Menteri Besar Perak, merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk tiket perlawanan Liga Super di antara Perak menentang Kedah malam esok.

Malah Presiden PAFA itu menjemput semua penyokong skuad The Bos Gaurus untuk memenuhi Stadium Perak dalam memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.

Kenyataan rasmi daripada Perak FA selepas itu berkata, setiap penyokong hanya boleh mendapatkan 3 keping tiket seorang dan agihan tiket akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari (sesi 1) dan 3 petang hingga habis (sesi 2).

Tidak lupakan lawan

Tidak mahu melupakan lawan, PAFA turut memperuntukkan sebanyak 1,500 tiket khas untuk penyokong Kedah yang ingin berkunjung ke Ipoh untuk menyaksikan perlawanan itu.

Perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang mengucapkan terima kasih kepada PAFA atas keprihatinan itu.

Dalam satu kenyataan di laman media sosial, KFA dipetik sebagai berkata: “KFA telah bersetuju untuk menyerahkan kaedah agihan tiket ini diserahkan kepada wakil Gabungan Kelab Penyokong Kedah iaitu En. Mohd Azmi Abdullah dari Kelab Red Eagle Frenz Kedah.

“Peruntukan tiket ini akan diberi keutamaan kepada Ahli Gabungan Kelab Penyokong Kedah dan lebihan dari tiket tersebut akan diagihkan kepada penyokong hijaukuning yang bukan dari kalangan ahli gabungan kelab penyokong hanya melalui En. Mohd Azmi Abdullah.”

Butiran agihan bagi penyokong yang bukan ahli gabungan  kelab penyokong adalah seperti yang tertera di media sosial, seperti yang dikongsikan di atas.

Perak tewas 0-1 kepada JDT di Larkin pada minggu lalu, manakala Kedah mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas PKNP FC, untuk permulaan cemerlang skuad Lang Merah di bawah kendalian jurulatih, Aidil Sharin.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN