PAFA Sokong Tindakan MFL Batalkan Penyertaan Perlis Dalam Liga Premier 2019

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberikan sokongan penuh kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Football League (MFL) berkenaan pembatalan penyertaan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019.

Menurut Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar, pihaknya menyokong tindakan MFL memandangkan pertimbangan sewajarnya sudah dibuat dengan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) diberikan peluang untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi.

“PAFA sedia maklum bahawa ia keputusan yang sukar diambil oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL tapi PAFA percaya keputusan yang mewakili suara 23 pasukan Liga Malaysia ini diambil demi kepentingan pemain dan Liga Malaysia.

“Kami di PAFA percaya isu yang berlaku tidak menjejaskan kerancakan dan perkembangan bola sepak tanah air di mana saingan Liga Malaysia terus mendapat tumpuan peminat tempatan,” katanya.

Presiden

Tajul juga percaya MFL ada usaha untuk meningkatkan lagi kualiti Liga Malaysia dan memastikan setiap pasukan dapat bersaing di peringkat tertinggi.

“PAFA juga percaya, MFL yang diterajui oleh Pengerusi MFL, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dalam usaha untuk terus membantu pasukan sekali gus membawa Liga Malaysia ke tahap lebih tinggi.

“Dengan pelbagai pembaharuan seperti liputan secara langsung setiap perlawanan Liga Super menerusi penyedia perkhidmatan Internet selain televisyen memberikan perkembangan positif kepada Liga Malaysia.

“PAFA percaya MFL akan terus berusaha untuk meningkatkan profesionalisme pasukan serta Liga Malaysia di bawah teraju Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail,” kata kenyataan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN