Ronaldo Tunjuk Lima Jari, Presiden Atletico Kata Ianya Sepatutnya Hanya Tiga

Marah atau sekadar mengingatkan? Cristiano Ronaldo berkata beliau telah memenangi lima kejuaraan UEFA Champions League, dan Atletico Madrid belum pernah muncul pemenang kejohanan elit tersebut.

Sambil memperagakan lima jari -sebagaimana Mourinho memperagakan tiga jari ketika bersama United. Ronaldo berkata demikian kepada sekumpulan wartawan yang cuba menemuramah beliau setelah Juventus ditewaskan oleh Atletico Madrid di Stadium Wanda Metropolitan Rabu lalu.

Gemilang lalu

Gelagat Ronaldo mungkin ditujukan kepada penyokong Atletico Madrid. Namun bekas bintang Real Madrid itu kemudiannya diberitahu bahawa beliau hanya memenangi tiga kejuaraan, dan bukan lima seperti yang didakwa.

Pemain antarabangsa Portugal itu bergelar pemain selama sembilan tahun di Santiago Bernabeu sebelum berhijrah ke Itali pada musim panas 2018.

Kepulangan pertama kali pertama Ronaldo ke Madrid ialah dengan perlawanan pusingan kalah mati UEFA Europa League menentang Atletico di Stadium Wanda Metropolitano.

Ketika masih bersama Real di La Liga, Ronaldo adalah senjata utama yang sering menjadi ancaman kubu pertahanan Athletico. Namun situasi pada kali berbeza sekali, setelah pendahulu Serie A, Juventus tewas 2-0 kepada skuad kendalian Diego Simone.

Pemain berusia 34 tahun itu diejek oleh penyokong tuan rumah sepanjang 90 minit perlawanan. Mungkin kerana itulah, Ronaldo tampil dengan respon – untuk mengingatkan jumlah kejuaraan milik beliau dalam pertandingan tersebut.

“Saya ada lima Champions League. Anda [Atletico] tidak miliki satu pun,” ujar beliau.

Cristiano Ronaldo

Dua dari kejayaan eropah milik Ronaldo adalah ketika berhadapan Atletico di perlawanan akhir – iaitu pada 2014 dan juga 2016.

Ronaldo menjaringkan sepakan penalti dalam perlawanan yang berkesudahan 4-1 selepas masa tambahan pada 2014. Dua tahun berikutnya, Ronaldo adalah pemain terakhir yang melakukan sepakan selepas perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti, untuk menjulang Real.

Presiden Atletico tidak setuju

Namun Presiden Atletico Madrid, Enrique Cerezo tidak mahu percaya Ronaldo sudah memiliki lima kejuaraan eropah tersebut.

Bercakap kepada Radio CRC, beliau berkata: “Sedikit pembetulan. Cristiano Ronaldo sebenarnya tidak memenangi lima kejuaraan Champions League. Sebenarnya hanya tiga. Dua lagi ketika menang ke atas Atletico, Ronaldo sebenarnya tidak memenangi kejuaraan tersebut.”

“Siapakah yang menang dalam perlawanan akhir tersebut? Saya akan mendedahkannya pada temuramah seterusnya,” tambah beliau tanpa mendedahkan apa yang dimaksudkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN