PAFA Sahkan Tiket Final Piala Malaysia Sudah Habis Dijual

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengesahkan semua 30 000 keping tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang diperuntukkan untuk penyokong Perak sudah habis dijual.

Hal ini bermakna tiada jualan tiket tambahan akan dibuat di kaunter Stadium Perak, Ipoh hari ini dan esok. Manakala tiket jualan online hanya boleh ditebus di kaunter Stadium Shah Alam.

Presidennya, Hasnu Zulkarnain turut memohon maaf ekoran berlaku kekecohan dan kesulitan dalam kalangan penyokong apabila tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijual di pekarangan Stadium Perak semalam sudah habis lebih awal.

Beliau berkata masalah itu disebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan iaitu mereka yang telah memperoleh tiket kemudian menjualnya semula dengan harga yang tinggi.

Menurutnya, perbuatan sedemikian perlu dihentikan segera dan perlu ada rasa simpati terhadap penyokong lain yang tidak mendapat tiket.

“Pafa meminta maaf ekoran berlaku kekecohan, kesulitan semasa urusan pembelian tiket hari ini. Pafa sudah cuba yang terbaik dengan mengagihkan tiket di setiap daerah dan permintaan sangat tinggi sehingga di luar kemampuan kita untuk mengurus dan mengagihkannya.

“Kami berlaku telus dalam jualan tiket ini, tiada monopoli tapi tidak dinafikan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual pada harga berlipat kali ganda, jadi saya mohon ini dihentikan,” katanya.

Penjualan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Perak semalam kecoh apabila tiket habis terjual dalam masa kira-kira sejam.

Ini menyebabkan para penyokong yang sudah beratur lebih awal berang dan terus menunggu di pekarangan Stadium Perak dengan harapan untuk mendapatkan tiket tambahan namun mereka terpaksa pulang dengan hampa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN