Persatuan Bola Sepak Perak ataupun PAFA menerima perletakan Jawatan Oleh Datuk Jamal Md Aris baru-baru ini.
PAFA sudah mengenalpasti beberapa calon yang berpotensi untuk mengisi kekosongan tersebut. Namun PAFA sudah memberikan bayangan tentang calon baru mereka.
PAFA mengesahkan bakal Pengurus Baru The Bos Gaurus bukan dari kalangan Naib Presiden PAFA yang sedia ada.
Buat masa ini, jawatan Naib Presiden PAFA dipegang oleh Datuk Rashidi Ibrahim dan Datuk G. Irudianathan.
Dipetik dari sumber Bernama, pihak PAFA menegaskan:
“Rashidi pada ketika ini bertanggungjawab selaku koordinator bagi skuad Liga Super, manakala Irudianathan pula memegang jawatan sama dalam mengemudi skuad Piala Presiden dan Piala Belia Perak.”
Hal ini membuatkan PAFA tidak mahu mengganggu 2 individu tersebut daripada tugasan mereka.
“Kami belum boleh beri bayangan siapa individu yang bakal dilantik. Sebarang pelantikan perlu diperhalusi.”
“Ia tidak boleh diambil mudah kerana yang pasti PAFA mahu ia menjelmakan perubahan positif kepada pasukan dan penyokong.”
PAFA juga meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tentang perletakan jawatan oleh Datuk Jamal Md Aris.
Beliau meletak jawatan kerana menerima tawaran kerja baharu yang dikhabarkan di Kuala Lumpur.
Hal ini yang membuatkan beliau melepaskan jawatan dengan rela hati kerana tidak boleh memberikan komitmen kepada 2 kerja dalam satu masa.