Xavi Hernandez Mahu Barcelona Dapatkan Rabiot Untuk Ganti Iniesta

Xavi Hernandez ada pandangan tersendiri tentang siapa pengganti yang sesuai untuk Andreas Iniesta. Iniesta yang akan tamat kontrak pada musim hadapan.

Beliau pada masa yang sama masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan.

Laporan beberapa media di Sepanyol menyatakan, Iniesta tidak akan menyambung kontrak di Barcelona. Beliau dijangka akan berubah angin dalam karier bola sepak.

Media tempatan juga melaporkan Iniesta merancang untuk bermain di luar Sepanyol selepas kontrak semasa beliau tamat. Iniesta berminat untuk menamatkan karier di Timur Tengah ataupun di Amerika Syarikat.

Namun begitu, pihak pengurusan Barca tidak risau dengan spekulasi itu, dan menyatakan pemain itu akan menandatangani kontrak baru di Camp Nou.

Xavi ditanya, jika Iniesta benar-benar pergi dari Barcelona, siapakah pengganti yang ideal untuk pemain itu.

Di kala media di seluruh dunia mencanang Phillipe Coutinho sebagai pengganti yang ideal, dek kerana kelincahan pemain Liverpool tersebut.

Xavi pula berpandangan Adrien Rabiot adalah calon yang paling sesuai untuk menggantikan Iniesta. Xavi berkata:

“Pemain seperti Rabiot sesuai bermain untuk Barcelona. Beliau tahu cara merancang permainan dan bagi saya dia akan cepat serasi dengan skuad ini.”

“Beliau juga boleh menyerang dan bertahan dengan sangat baik.”

Rabiot menjadi antara pemain penting PSG musim ini. Beliau baru berusia 22 tahun. Rabiot sudah membuat 150 penampilan untuk PSG dalam semua pertandingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN