PAFA Mahu Manfaatkan Taklimat ECP Daripada MFL

PAFA

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mahu manfaatkan sepenuhnya sesi taklimat daripada Malaysian Football League (MFL) berhubung Program Kawalan Ekonomi (ECP) selepas menerima reaksi positif daripada pasukan lain yang sudah mendapat perincian awal mengenai ECP.

Setakat ini, pasukan Kelantan, Pahang, PJ City dan Negeri Sembilan sudah mendapat taklimat daripada MFL yang diwakili oleh Ketua Unit Perancangan dan Strategi, Reuben Chong dan Rakan Kongsi dalam Perkhidmatan Perlindungan Risiko PricewaterhouseCoopers (PwC) iaitu Ting Choo Wai pada awal bulan ini.

Melihat kepada perkembangan positif yang diterima oleh pasukan , PAFA percaya inisiatif daripada MFL itu cukup bermanfaat untuk mereka mendapat pengetahuan secukupnya mengenai ECP.

Menurut Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar, mereka sedar bahawa objektif utamanya adalah untuk mengawal perbelanjaan setiap pasukan dengan lebih teratur bagi mengelak sebarang hutang yang membelenggu sesetengah pasukan..

Sesi taklimat berkenaan akan diteruskan bersama pasukan-pasukan lain pula yang akan berlangsung pada pertengahan Oktober ini.

“Memang kami harapkan sesi taklimat sebegini untuk pemahaman semua pihak termasuklah Presiden, Timbalan Presiden dan juga barisan exco PAFA untuk turut sama terlibat dalam taklimat.

“Ini bermakna, semua pihak akan dapat tahu lebih jelas hala tuju ECP khususnya cara perlaksanaannya yang saya pasti ramai ingin tahu.

“Tapi buat sementara ini, PAFA sendiri tidak berdepan lagi masalah kewangan yang serius dan kita juga tidak ikat pemain sesuka hati tanpa melihat kemampuan pasukan.

“Kami akan nilai dulu pemain-pemain dengen gaji yang sepatutnya kerana tidak ingin masalah kewangan timbul di kemudian hari”, jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN