Angel Di Maria Mahu Lunas Dendam Terhadap Real Madrid

Di Maria

Kisah Angel Di Maria dan Real Madrid dibahagikan sendiri oleh pemain Argentina itu kepada dua bahagian. Pertama ketika beliau menyarung jersi kelab itu, bahagian kedua pula selepas beliau meninggalkan Santiago Bernabeu.

Tetapi apa yang penting bagi dirinya kini adalah perasaan dendam yang disimpan dalam hatinya terhadap juara Sepanyol itu.

Ianya terjadi disebabkan beberapa faktor. Antaranya kejadian dijual ke Manchester United pada tahun 2014 tanpa kerelaannya dan kedua selepas Los Blancos menyingkirkan pasukannya, Paris Saint-Germain (PSG) dari saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2017/18.

Apabila beliau meninggalkan ibu kota Sepanyol itu, pemain berusia 31 tahun menjangkakan akan menyertai PSG, tetapi akhirnya Real Madrid menerima bidaan Manchester United dan beliau ‘tersangkut’ di Old Trafford selama setahun.

Musim berikutnya barulah Di Maria tiba di Parc des Princes bagi melengkapkan perpindahan impiannya dengan nilai perpindahan £44 juta – jauh lebih murah daripada harga yang dibeli United iaitu £56 juta.

Malangnya, ketibaan Di Maria di Paris tidak pernah menjadikan dirinya bintang utama di kelab tersebut kerana dibayangi oleh ketibaan Neymar dan Kylian Mbappe. Namun, beliau tetap diberikan peranan yang penting dalam pasukan.

Ketibaan Gareth Bale di Real Madrid pada tahun 2013 seolah-olah menjadi petanda pengakhiran karier Di Maria di kelab itu, tetapi pemain itu tidak berputus asa dan berusaha keras untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama.

Kredit Foto: Zimbio

Mujurlah semasa Carlo Ancelotti menjadi pengurus di Real, beliau menggunakan ‘sistem berlian’ di bahagian tengah dan menjadikan Di Maria pemain penting dalam taktikal tersebut.

Hubungan dingin Di Maria dengan pihak pengurusan kelab juga dikatakan menjadi punca beliau disingkirkan dari Real.

Sebelum Piala Dunia 2014 bermula, Presiden kelab, Florentino Perez menyatakan minat beliau secara terbuka untuk membawa masuk James Rodriguez ke Real Madrid sekaligus meletakkan kedudukan Di Maria semakin tersepit.

James Rodriguez kemudiannya menyerlah dalam edisi Piala Dunia tersebut dengan meraih anugerah kasut emas dan tersenarai dalam kesebelasan terbaik.

Manakala Di Maria yang bertungkus lumus serta bermain dalam kesakitan sehingga membawa Argentina ke peringkat akhir telah menerima mesej dari kelabnya agar tidak beraksi pada perlawanan penentuan itu kerana tidak mahu kecederaannya bertambah buruk.

Kredit Foto: Daily Express

“Sekarang baru saya faham apa yang sebenarnya berlaku pada waktu itu. Semua orang mendengar khabar angin tentang keinginan Real untuk membawa masuk James selepas Piala Dunia berakhir.

“Saya tahu mereka mahu menjual saya ke kelab lain untuk memberi ruang kepadanya. Sudah tentu mereka tidak mahu saya cedera supaya perancangan untuk menjual saya tidak terjejas.

“Itulah contoh jijik perdagangan dalam bola sepak yang ramai orang tidak tahu.” kata Di Maria dengan rasa geram.

Perlawanan yang bakal berlangsung pada awal pagi Khamis ini di antara PSG dan Real Madrid menjadi medan terbaik untuk Di Maria melunaskan dendam kesumat beliau terhadap bekas kelabnya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN