Padang Stadium Rosak Sebab KL City Sendiri ‘Lanyak’ Buat Latihan Setiap Hari?

Stadium KLFA KL City rosak padang

Dalam sidang media selepas menentang Penang FC tempohari, pengendali KL City FC, Bojan Hodak ada menyuarakan keadaan padang yang rosak.

KL City ketika ini menggunakan Stadium KLFA di Cheras untuk semua aksi Liga Super dan ia telah lama digunakan. Dan stadium tersebut diselenggara oleh pihak swasta yang diberikan hak pengurusan kompleks tersebut pada Julai 2021 daripada pemilik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berikut adalah kenyataan Bojan yang ‘mungkin’ memberi gambaran buruk.

Padang yang teruk akan memberi masalah kepada mereka [JDT] untuk bermain. Anda lihat bagaimana bola melantun?” ungkap Bojan ketika itu.

Ini satu keadaan yang teruk tetapi mereka boleh sewa padang dan semua orang boleh bermain. Kita bercakap mengenai profesionalisme tetapi kita tidak boleh membuat hantaran [dalam perlawanan],” tambahnya lagi.

Kenyataan itu mungkin bagi sesetengah pihak tiada isu. Tetapi, mungkin pihak yang diamanahkan untuk menyelenggara stadium akan ‘tercuit’.

Mungkin akan ada pihak berkata, kenapa mereka tidak selenggara padang dengan baik? Ini menjatuhkan imej mereka sebagai pemegang hak tersebut.

Tahun lepas, pelbagai perlawanan bola sepak peringkat kebangsaan dan antarabangsa menggunakan stadium ini dan tiada isu padang berlaku.

Kini, timbul pula isu padang yang teruk disebabkan faktor memberi sewaan.

Apabila KL City mengatakan keadaan padang teruk, semua mata akan tertumpu kepada penyelenggara padang, namun adakah itu situasinya?

Menurut sumber yang dihubungi oleh Semuanya BOLA, keadaan padang menjadi rosak sebegitu bersebab. KL City adalah antara punyumbangnya.

Kita sudah bincang dan maklum awal kepada mereka yang latihan rasmi  tidak boleh dibuat di stadium, sama seperti tahun lepas. Mereka ikut ketetapan itu, tahun lepas. Selepas itu, mereka guna satu hari sebelum perlawanan rasmi – perlawanan itu ‘home’ atau ‘away’,” jelas sumber.

Tapi, untuk tahun ini, selepas perbincangan, dua kali kita telah keluarkan surat, mereka masih gagal untuk patuhi. Kita jadi susah. Mereka faham yang padang stadium ini kita guna untuk perlawanan rasmi sama ada untuk liga atau mungkin pasukan Malaysia,” tambahnya yang jelas kecewa tentangnya.

Beliau tidak mahu sampai perkara ini menjadi isu besar. Tetapi apabila ada yang mengatakan padang itu tidak diurus dan dijaga baik sehingga rosak, ada pihak berasa ralat dengan situasi tersebut. “Yang guna adalah mereka. Masa hujan pun mereka ‘lanyak’ pakai,” tegas sumber itu mengenainya.

Contohnya, malam ini [tadi] skuad B-23 akan bermain. Maklum apa pun tidak, mereka masuk begitu saja [berlatih]. Padang akan rosaklah,” ujarnya.

KL City sebenarnya memiliki padang latihan iaitu padang Pudu Ulu, namun difahamkan padang tersebut tidak berkualiti dan mengundang kecederaan.

Kita tidak pasti [situasi padang Pudu Ulu]. Bila kita rujuk kepada DBKL, mereka maklumkan sudah bagi untuk kegunaan pasukan,” jelasnya lanjut.

Apa yang pasti adalah KL City bukan pemilik stadium. Di Malaysia, hampir semua pasukan belum memiliki stadium sendiri. Hanya Johor Darul Ta’zim (JDT) memiliki stadium sendiri – Stadium Larkin dan Stadium Sultan Ismail.

Jika padang rosak, memang ia jadi tanggungjawab penyelenggara tetapi jika berpunca oleh tindakan pasukan seperti KL City, siapa akan tanggung?

Sedangkan sudah terdapat persefahaman antara mereka bahawa, padang hanya digunakan untuk perlawanan, bukan setiap hari untuk sesi latihan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN