Ini Sebab Hannah Yeoh Anggap Kim Pan-gon Berjaya Bersama Harimau Malaya

Pengendali skuad kebangsaan iaitu Kim Pan-gon mendapat pujian positif daripada Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh ekoran prestasi yang dipamerkan Harimau Malaya kini berada dalam kelas tersendiri.

Kim yang menyertai kejurulatihan skuad kebangsaan pada tahun lalu dilihat telah pun mengubah landskap bola sepak negara untuk kembali memberi daya saing dalam kejohanan antarabangsa, menerusi kualiti permainan diterapkan beliau.

Lebih menarik, Kim juga berjaya memperkenalkan ramai muka-muka baharu yang sebelum ini tidak begitu dikenali dalam skuad kebangsaan untuk menjadi pelapis masa akan datang.

Nama-nama seperti Haqimi Azim, Sharul Nazeem, Ahmad Syihan Hazmi antara yang sangat menyerlah ketika ini bersama skuad kebangsaan selepas mendapat peluang daripada Kim.

Menurut Hannah, kejayaan Kim untuk membantu Harimau Malaya melayakkan diri secara merit ke saingan Piala Asia adalah bukti kejayaan Kim dalam mengendalikan pasukan tersebut selain beberapa kejohanan lain.

“Beliau turut berjaya membuktikan kemampuannya apabila skuad negara melangkah ke peringkat separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 sekali gus menepati sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir di Piala AFF.

“Justeru kewujudan jurulatih asing bukanlah satu perkara baharu dalam arena bola sepak dunia dan pelantikan yang dilakukan adalah berdasarkan pengalaman dan rekod prestasi cemerlang bagi membantu atlet mempamerkan prestasi terbaik, malah pelantikan jurulatih dan atlet dalam pasukan kebangsaan ini adalah di bawah tanggungjawab FAM,” katanya menerusi Berita Harian.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Hannah selepas disoal oleh Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) mengenai kepercayaan beliau kepada jurulatih asing serta tenaga pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Tambah beliau, soal status pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan tidak perlu menjadi kerisauan ramai kerana kementerian sentiasa bekerjasama dengan FAM dalam memastikan program pembangunan bola sepak negara sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Kini, Malaysia secara rasminya sudah pun memiliki tujuh pemain naturalisasi dengan dua daripadanya baru didaftarkan iaitu Endrick dos Santos serta Paulo Josue.

Tahun lalu kelibat Lee Tuck dan Sergio Aguero dianggap sangat baik ketika membantu Malaysia dalam saingan Piala AFF 2022 sehingga mara ke pusingan separub akhir.

Untuk rekod semasa, Harimau Malaya kini berada di kedudukan ke-145 dunia, 25 terbaik Asia, serta lima negara terbaik Asia Tenggara dalam bola sepak.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN