Setiap inovasi dalam sukan bola sepak pasti akan ada kelemahannya yang tersendiri. Begitu juga dengan penggunaan rumput sintetik untuk sesuatu perlawanan bola sepak.
Memang benar, seperti namanya, rumput plastik pun tidak kebal dari sebarang kerosakan. Tetapi punca kerosakan ini tidak dapatlah diterima sama sekali.
Kerana penyokong
Dalam perlawanan Pusingan Pertama Piala FA Inggeris pada Jumaat lalu antara Hyde United menentang MK Dons, ada beberapa suar telah dibaling ke dalm padang. Pasukan tuan rumah, Hyde United menggunakan rumput tiruan sebagai permukaan pilihan mereka.
Namun, suar itu dipercayai dibaling oleh penyokong mereka sendiri. Sasaran mereka ialah kepada penyokong pasukan lawan. Suar itu menyebabkan kerosakan sedikit pada permukaan padang.
Tambah parah, kekecohan dan aksi nakal ini telah memaksa perlawanan dilewatkan 15 minit. Malah, gelagat ini disiarkan secara langsung di BBC.
Tidak boleh diterima
FA Inggeris akan mengambil tindakan kepada kelab tersebut. Malah, pengurus MK Dons, Robbie Nielson berang dan merasakan tindakan penyokong itu tidak boleh diterima dalam bola sepak.
Mujurlah ia tidak menganggu prestasi pasukan pelawat. MK Dons membenam tuan rumah 4 gol tanpa balas. Bekas pemain Arsenal, Chuks Aneke menjaringkan satu gol untuk MK Dons.
Pasukan pelawat, MK Dons telah mara ke pusingan kedua. Hyde pula akan berdepan tindakan apabila terpaksa membaiki padang tiruan tersebut!