Video: Zentner Jelaskan Insiden ‘Sepak Angin’ Yang Tular

Penjaga gol Mainz, Robin Zentner tampil memberikan penjelasan tentang video tular aksi beliau menendang angin ketika cuba melakukan hantaran.

Aksi Zentner menjadi perhatian dunia lebih-lebih lagi suara pengulas yang tidak dapat menahan dirinya daripada tergelak.

“Oh tuhanku, teruknya kesilapan daripada Robin Zentner, Dapatkah dia menyelamatkan keadaan?”

“Saya bukan gelakkan dia, saya sudah pastinya tidak (gelakkan beliau)”

“Ia betul-betul kalut,  dia terlupa. Maaf, dia terlupa mana bola. Ini fantastik, ini memang luar biasa.”

Kejadian itu berlaku dalam perlawanan Mainz menentang Monchengladbach pada Sabtu lalu. Mujurlah Zentner dapat menyelamatkan keadaan daripada dibolosi dan Mainz menang 1-0 dalam perlawanan tersebut.

Zentner memberitahu dia terkeliru dengan titik sepakan penalti. Matanya fokus kepada rakannya dan yakin dia dalam kawalan ke atas bola tersebut.

Ketika dia cuba melakukan sepakan, baru dia perasaan yang dia cuba menyepak titik sepakan penalti itu.

“Bola itu dihantar kepada saya dan ada sedikit backspin. Saya melihat sesuatu berwarna putih dan saya ingatkan ianya bola. Rupa-rupanya ia adalah titik sepakan penalti.”

“Saya cuba melakukan hantaran tetapi saya sedar yang kaki saya tidak dan contact dengan bola. Saya melihat ke bawah rupa-rupanya bola tidak ada di situ.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN