Padah Tak Bayar Tunggakan Gaji Bekas Pemain, Sarawak United Dihukum FIFA

Pendatang baharu saingan Liga Super 2022, Sarawak United terus ditimpa malang musim ini apabila terbaharu bakal disekat daripada membuat sebarang perpindahan pemain tempatan dan import.

Sebelum itu, kelab ini telah dilanda krisis dalam mengekalkan konsistensi permainan apabila menjadi antara pasukan tercorot dalam saingan Liga Super pada mhsin ini.

Sekatan tersebut dikenakan sendiri oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) setelah kegagalan Sarawak United untuk menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain import mereka, Sandro da Silva Mendonca.

Perkara ini disahkan sendiri oleh peguam pemain import dari Brazil itu, Mohd Zhafri Aminurashid kepada BH Sukan setelah tunggakan yang masih belum dibayara Sarawak United ialah sebanyak RM150,000.

“Keputusan FIFA sudahpun dikeluarkan jadi mereka harus jelaskan pembayaran itu dalam tempoh masa 45 hari iaitu sehingga 18 Jun lalu. Tetapi mereka gagal melakukannya sehingga tarikh yang dinyatakan.

“Jadi pasukan itu dikenakan sekatan perpindahan pemain tempatan dan asing sehingga tiga tempoh pendaftaran pemain secara berturutan,” katanya.

Sebelum itu, FIFA pernah menyatakan kelab tersebut gagal untuk memenuhi kehendak obligasi kewangan mengikut keputusan yang diputuskan oleh badan induk itu dan ini menyebabkan hukuman terus dikenakan buat Sarawak United.

Dalam masa sama, FIFA telah memaklumkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang juga merupakan ahli gabungan bernaung supaya memastikan hukuman tersebut dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Zhafri juga mengatakan hukuman lebih keras boleh dikenakan pada kelab tersebut jika mereka masih terus gagal untuk mematuhi keputusan FIFA serta tidak mahu membayar tunggakan gaji serta pampasan dituntut Sandro.

“Kalau perkara ini berlanjutan, kes boleh dibawa ke Jawatankuasa Disiplin FIFA dan selepas itu, hukuman lebih berat boleh dikenakan kepada mereka.

“Antaranya, penolakan mata atau sekatan untuk mendaftarkan pemain,” katanya.

Sandro yang mewakili Sarawak United musim lalu berjaya menjadi antara tonggak yang membawa kelab tersebut untuk beraksi dalam saingan Liga Super 2022 musim ini.

Namun musim ini beliau tidak lagi bersama Sarawak United dan posisi tersebut digantikan oleh bekas penyerang Negeri Sembilan musim lalu iaitu Francis Kone.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN