Najib Razak Kecam Kerajaan Selangor 14 Tahun Gagal Urus Stadium Shah Alam

Najib Razak

Isu melibatkan Stadium Shah Alam sudah lama berlingkar dalam kancah bola sepak kita.

Hingga kini, gelanggang rasmi bagi Selangor itu masih lagi belum menemui jalan terbaik untuk diselesaikan isunya. Stadium yang satu ketika dulu gah kini terus usang tidak terusik.

Ianya pasti mendapat perhatian ramai penyokong bola sepak tempatan, tetapi tidak dinafikan juga kini ahli politik juga sudah masuk campur dengan saling salah-menyalahkan sesama sendiri.

Bekas perdana menteri, Dato Seri Najib Razak telah mengambil kesempatan atas isu tersebut dengan menyalahkan kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) atas mengapa Selangor masih tidak lagi pulang ke Stadium Shah Alam.

Beliau mengaitkan Stadium Shah Alam dengan Old Trafford dan Anfield sebagai sebuah stadium yang kaya dengan sejarahnya.

“Stadium Shah Alam sarat dengan sejarah dalam kancah bola sepak tempatan. Tidak boleh dipisahkan dengan Selangor FC sebagaimana Old Trafford dan Anfield dikaitkan rapat dengan Manchester United dan Liverpool.

“Dengan kapasiti 80,300 orang, ianya antara staidum terbesar di Asia dan dunia. Hanya dibina pada tahun 1994, umur stadium cuma 14 tahun sebelum penjagaannya diambil alih oleh kerajaan PR/PH pada tahun 2008,” tulis Najib di Facebooknya.

Najib kemudiannya menempelak idea untuk merobohkan stadium tersebut dan menggantikannya dengan gelanggang yang lebih kecil.

Menurut cadangan, idea membina stadium khusus bola sepak yang baharu untuk Selangor adalah berkapasiti 30 hingga 40 ribu tempat duduk.

“Selepas 14 tahun PH jaga, stadium ini dikatakan mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat diselamatkan?

“Bakal diroboh dan diganti dengan stadium baharu berkapasiti 30,000 hingga 40,000 sahaja dengan alasan stadium yang lebih kecil adalah lebih mudah dijaga?

Najib terus menyoal kredibiliti pemerintahan 14 tahun PH akibat kegagalan mereka menjaga Stadium Shah Alam dengan baik.

Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya mengambil contoh Stadium Merdeka yang masih utuh sehingga hari ini.

“Stadium Merdeka berpuluh tahun lebih tua. Takde pulak kita pernah nak robohkan.”

Alasan logik dan diterima

Faktor stadium berkapasiti kecil lebih mudah dijaga ini yang dianggap sebagai alasan oleh Najib sebenarnya ada kebenarannya.

Dengan iklim bola sepak Malaysia yang dimana penyokong hanya memenuhi stadium apabila perlawanan separuh akhir atau akhir, ianya adalah logik untuk stadium berkapasiti 30 hingga 40 ribu tempat duduk dibina.

Ada masanya, pasukan masih tercungap untuk memenuhkan stadium yang berkapasiti seperti itu.

Ketika ianya digunakan, bahagian atas Stadium Shah Alam lazimnya ditutup atau tidak dihuni oleh penyokong kerana mereka lebih gemar duduk di seksyen bawah stadium.

Jadi ini membuatkan ianya membazir dan pengurusan stadium perlu menanggung kos selenggara yang tinggi.

Jika merobohkan stadium itu ‘membunuh’ legasi, ingatlah Wembley yang dahulu juga pernah dirobohkan dan kemudiannya dibina semula supaya ianya terus memberikan keuntungan kepada bola sepak Inggeris.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN