Paco Alcacer Wira Kemenangan Borussia Dortmund Atasi Bayern Munich Dalam Der Klassiker

Der Klassiker adalah perlawanan yang paling mencuri tumpuan dalam kalendar bola sepak Jerman. Ianya mempertemukan Borussia Dortmund dengan Bayern Munich.

Der Klassiker pertama dalam Bundesliga – berlangsung di Signal Iduna Park. Perlawanan yang lebih dikuasai oleh Bayern Munich pada separuh masa pertama dari segi penguasaan bola. Bayern Munich mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa pertama.

Jadon Sancho dan Marco Reus memberikan masalah kepada Bayern Munich yang membuka ruang sangat selesa di bek sisi mereka. Memaksa Franck Ribery beberapa kali turun bertahan mengejar Sancho. Masalah utama Dortmund pada separuh masa pertama – terlalu banyak hilang bola dan hantaran lemah pada fasa serangan balas mereka.

Bayern Munich di hadapan pada minit ke-26 menerusi Lewandowski yang tidak dikawal – berada di celah-celah 2 bek tengah BvB. Beliau menanduk masuk hantaran Serge Gnabry.

Pada separuh masa kedua Marco Reus membalas gol tersebut pada minit ke-49. Namun Lewandowski kembali meletakkan pasukkannya di hadapan pada minit ke-52 – menyempurnakan hantaran Joshua Kimmich.

Borussia Dortmund memperbaiki rentak permainan mereka. Lebih banyak ancaman bahaya dilakukan. Dortmund memiliki beberapa siri peluang selepas itu. 2 daripadanya adalah dari jarak sangat dekat dan dikeluarkan oleh pertahanan lawan di atas garisan.

Dalam hati para penyokong Dortmund – mungkin ada yang menganggap bahawa malam tersebut bukan malam mereka.

Reus – yang beberapa kali terlepas peluang keemasan – menebus kesilapannya dengan satu gol cantik pada minit ke-67. Hantaran silang deras yang rendah daripada Łukasz Piszczek disambar dengan sangat baik oleh Reus.

reus

Pada minit ke-59 – penyerang sensasi mereka musim ini – Paco Alcacer dimasukkan. Hanya 3 minit di atas padang, beliau menjaringkan gol ke-3 untuk Dortmund. Pertama kali mereka di hadapan dalam perlawanan ini.

Satu serangan balas yang cantik dilancarkan – Alcacer menewaskan Neuer dalam keadaan 1 lawan 1. Kredit juga kepada Axel Witsel yang mencipta peluang gol tersebut.

https://twitter.com/MundialMag/status/1061336060284846080

Lewandowski terlepas 2 peluang untuk melakukan hatrik kerana ofsaid. Salah satu daripadanya pada masa kecederaan separuh masa kedua. Perlawanan tamat – Borussia Dortmund menang 3-2. Ini adalah Der Klassiker pertama untuk Lucien Favre dan Niko Kovac sebagai pengurus.

Kemenangan ini meletakkan Borussia Dortmund kekal di tangga teratas – dengan 7 mata di atas Bayern Munich yang berada di tangga ke-3.

Dalam satu lagi sepak mula yang lebih awal – Borussia Mochengladbach mencipta kemenangan. Sekaligus berada di tangga ke-2 dengan menjarakkan diri mereka 3 mata daripada Bayern Munich.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN