Emosi Mengiringi Hari Perpisahan Pablo Zabaleta Dengan Penyokong Di Etihad

Pablo Zabaleta bermain untuk kali terakhir di Etihad dalam suasana penuh emosi. Manchester City menang 3-1 ke atas West Brom.

Secara kasarnya mereka sudah boleh berkira-kira ke UCL musim hadapan walaupun secara matematiknya ia masih terbuka.

Pada Sabtu lalu, pertahanan dari Argentina ini mengumumkan bahawa ini adalah musim terakhir beliau di Etihad selepas 9 tahun menabur bakti untuk Manchester City. Kontrak beliau akan berakhir pada akhir musim ini.

Beliau disambut dengan sorakan seorang perwira di Etihad ketika dimasukkan pada 30 minit terakhir perlawanan.

Penyokong tidak henti-henti menyanyikan nama beliau dan bersorak setiap kali Zabaleta menyentuh bola.

Untuk rekod, Zabaleta sudah bersama City sebelum kelab itu diambil alih oleh Sheikh Mansour.

Tamat perlawanan, Etihad menganjurkan upacara khas memberikan penghargaan untuk Zabaleta.

Disaksikan puluhan ribu penyokong, beliau berkata:

“Ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Manchester, saya tidak pernah terfikir akan berada di sini untuk tempoh sepanjang ini.”

“Saya berbangga dengan 9 tahun yang indah sejak hari pertama lagi.”

“Dalam hidup, kadangkala anda harus membuat keputusan yang sukar dan saya terpaksa melakukannya. Keputusan ini yang saya rasakan terbaik untuk diri saya, keluarga dan terutama sekali untuk kelab.”

“Rasanya, ini adalah masa yang sesuai untuk saya pergi. Saya sangat sayangkan kelab ini.”

“Terima kasih kepada penyokong, kepada semua, kerana anda telah mennjadikan saya pemain dan manusia yang lebih baik. Ia satu penghormatan untuk menyarung jersi ini.”

“Ia satu 30 minit yang sukar dalam hidup saya. Saya terpaksa bermain dengan keadaan agak emosi dengan mengingati detik dan memori indah di sini.”

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya berbangga untuk berkhidmat di sini. Apa yang saya telah berikan kepada kelab ini adalah sepertimana pemain lain lakukan kepada kelab mereka.”

“Saya sangat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang berada dalam tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab ini.”

Ketika ditanya detik yang paling diingati beliau dalam karier di Manchester City, Zabaleta menjawab:

“Detik paling saya ingati adalah ketika City menewaskan Manchester United pada separuh akhir Piala FA 2011 di Wembley.”

“Kemudian kami memenangi EPL hasil daripada jaringan lewat Aguero, itu mungkin yang paling istimewa.”

“Kemudiannya, ketika kami memenangi EPL kedua di bawah kendalian Pellgrini. Seterusnya, gol tempat lawan saya di Rome. Susah saya nak menjawab soalan ini. Ianya terlalu banyak detik manis.”

Zabaleta juga berharap mereka akan terus berjuang dalam 1 lagi perlawanan liga selepas ini sebelum menutup musim yang penuh suka duka 2016/17.

Zabaleta kemudian dipersembahkan dengan beberapa ucapan di layar LED.

Beliau juga dihadiahkan dengan pas perlawanan bermusim khas daripada Manchester City yang membolehkan beliau menyaksikan semua perlawanan Manchester City secara percuma untuk sepanjang hayat.

Ianya adalah simbolik tanda terima kasih kelab kepada jasa dan bakti beliau kepada kelab tersebut.

Anda boleh saksikan rangkuman penuh detik itu di sini.

Zabaleta muncul dalam 333 penampilan untuk Manchester City dan telah menjaringkan 11 gol. Beliau menjadi antara pemain paling konsisten terutama sekali pada era Pellegrini.

Zabaleta boleh bermain kesemua posisi pertahanan. Beliau meninggalkan City dengan 2 kejuaraan EPL, 1 Piala FA dan 2 kejuaraan Piala Liga. Tidak lupa, beliau juga membantu City memenangi perisai komuniti pada 2012.

Pep Guardiola menyatakan majlis perpisahan itu sebagai sempurna dan selayaknya diberikan kepada pemain seperti Zabaleta.

Semoga terus sukses untuk lagenda Manchester City, Pablo Zabaleta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN