Manchester United Sah Akhiri Premier League Musim 2016/2017 Di Kedudukan Ke-6

Jika Chelsea dan Tottenham Hotspur menjadi bahan meme peminat Premier League pada musim lepas, pada musim ini ia giliran Manchester United.

Selepas rentetan tanpa kalah mereka ditamatkan oleh Arsenal (United tewas 0-2 di Emirates Stadium), United sekali lagi terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ke-6 di Premier League selepas kemenangan 2-0 Arsenal ke atas Sunderland awal pagi tadi.

Jika meme Arsenal mengaitkan mereka dengan nombor 4, musim ini timbul pula meme baru yang mengaitkan Manchester United dengan nombor 6.

Bagi penyokong United yang sudah terbiasa dengan kejayaan yang dibawa oleh Sir Alex Ferguson, ini sesuatu yang memalukan.

United kini perlu menang perlawanan akhir UEFA Europa League 2016/2017 untuk mengakhiri musim ini dengan rasa bangga. Lawan mereka dalam perlawanan akhir nanti adalah Ajax Amsterdam.

Perkara ini diakui sendiri oleh Jose Mourinho yang berkata, “Ya. Anda (wartawan) boleh cakap begitu (United dianggap gagal jika gagal menjuarai Europa League). Kata-kata anda ada betulnya.”

“Tapi saya tak mahu berperasaan sebegitu. Saya tak mahu pemain saya berperasaan begitu. Saya tak rasa ahli lembaga pengarah kelab merasakan begitu. Kerana kami bekerja kuat. Kami masih mengejar kedudukan 4 teratas sehinggalah kecederaan menimpa kami.”

Pengakuan Mourinho ini nyata bercanggah dengan kenyataannya pada 2013, ketika mengurus Chelsea:

“Saya tak mahu menang Europa League. (Memenanginya) bakal menjadi kekecewaan bagi saya. Saya tak mahu pemain saya berfikir Europa League adalah kejohanan untuk mereka.”

Perbandingan dengan van Gaal

Bagi sebuah kelab yang berbelanja besar, penyokong Manchester United ada hak untuk melihat kegagalan menyertai UEFA Champions League sebagai satu kegagalan. Meskipun Mourinho sudah menghadiahkan gelaran EFL Cup dan Charity Shield kepada United.

Louis van Gaal contohnya, dipecat di akhir musim 2015/2016 walaupun selepas membawa United menduduki tangga ke-5 liga dan menjuarai FA Cup.

Cuma bezanya dengan Mourinho, van Gaal melakukannya tanpa memecahkan rekod perpindahan pemain dan pada masa yang sama – beliau mempromosikan banyak pemain muda akademi Manchester United.

Sesetengah penyokong United berpendapat Mourinho memerlukan masa. Dan penyokong perlu lebih bersabar. Mungkin penilaian itu ada betulnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN