Jurulatih skuad bawah 15 tahun kebangsaan menyatakan rasa bangga mereka menjadi sebahagian daripada pasukan. Pasukan Malaysia B-15 berjaya menjuarai piala AFF B-15 2019, menundukkan pasukan tuan rumah, Thailand.
Ketua jurulatih, P. Maniam mengetuai barisan kejurulatihannya berkata: “Kami barisan kejurulatihan skuad B-15 sangat berbangga untuk melatih pasukan bawah 15 tahun Malaysia.”
“Ini kerana mereka sangat komited dan memberikan yang terbaik ketika di dalam perlawanan.”
“Pada separuh masa pertama anda dapat saksikan para pemain tidak bermain dengan baik kerana gangguan angin. Namun pada separuh masa kedua mereka beraksi dengan sangat baik, dan kita menang dengan kedudukan 2-1, gembira untuk menyaksikannya.”
“Dengan kejurulatihan melakukan tugas mereka dengan baik sekali, inilah sebabnya kenapa kita berjaya.”
“Dan sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada tuan presiden yang datang ke Thailand dan memberikan kita sokongan padu. Ini sangat baik sekali untuk pasukan kebangsaan.”
“Terima kasih juga kepada para ibu bapa [yang datang memberikan sokongan].”