Quantcast

BERITA

AFF B-15: Malaysia Juara, Bangkit Tewaskan Thailand 2-1 Di Final

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan B-15 Malaysia, para pemain, jurulatih, staf teknikal serta semua yang terlibat.

Malaysia sekali lagi menjelmakan kebangkitan selepas ketinggalan 1 gol. Sebelum ini pada separuh akhir mereka turut bangkit daripada ketinggalan 1 gol ketika aksi menentang Vietnam.

Dala aksi final, para anak buah P. Maniam berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka menjuarai Piala AFF B-15 edisi 2019.

Theekawin Chansri 16 meletakkan Thailand di hadapan seawal minit ke-16. Namun pada separuh masa kedua,
Muhammad Izrin Ibrahim dan Muhammad Nabil Qayyum menjaringkan 2 gol untuk Malaysia.

Gol-gol tersebut masing-masing dicatatkan pada minit ke-69 dan ke-79.

Thailand gagal untuk membalas gol tersebut. Tamat perlawanan, skuad muda Malaysia B-15 meraikan kejuaraan mereka sebagai jaguh serantau untuk kategori B-15.

Sebelum ini skuad bimbingan P. Maniam turut menewaskan pasukan pilihan seperti Australia dengan jaringan 3-0.

Tahniah! Kami bangga.