Malaysia mengejutkan pasukan pilihan Australia dalam perlawanan ke-3 kumpulan B Piala AFF B-15.
Kemenangan itu meletakkan Malaysia sebagai pendahulu kumpulan B dengan permulaan sempurna, 3 kemenanga daripada 3 perlawanan awal.
Ketua jurulatih B-15, P. Maniam mewakili staf kejurulatihan beliau menzahirkan rasa bangganya ke atas para pemain-pemain B-15 Malaysia.
Menurut P. Maniam, Malaysia berhak menang selepas aksi yang bertenaga dan bersemangat ditunjukkan. Malaysia melakukan ‘pressing’ dan ‘build’ up yang sangat baik dalam perlawanan ini, meskipun menentang lawan seperti Australia.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, P. Maniam berkata:
“Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada para pemain B-15 Malaysia kita. Saya berpendapat, kita berhak menang. Ini kerana para pemain kita ada semangat melawan yang tinggi, menekan pihak lawan di atas padang.”
“Dan kita juga menunjukkan kualiti kita ketika membentuk [build up] serangan.”
Malaysia head coach P. Maniam pic.twitter.com/cUK3Qg1xk3
— ASEAN Football (@AFFPresse) August 1, 2019
“Tetapi ianya masih awal, kita perlu fokus kepada perlawanan seterusnya. Sebagai jurulatih, kami semua [staf kejurulatihan] sangat bangga dengan para pemain muda kami.”
“Mereka hari ini bukanlah bermain di tahap terbaik, tetapi anda boleh lihat motivasi mereka, semangat, mereka ada di mana sahaja di atas padang, dan kita jelas nampak ia menerusi karakter mereka di atas padang.”
“Kami semua jurulatih berasa sangat gembira.”
Tahniah kepada skuad muda Malaysia dan teruskan kecemerlangan – selamat maju jaya.