Ozil Tunggu 6 Bulan Balas ‘Banter’ Polis Stoke Di Twitter

Banter. Troll. Anda boleh namakan apa sahaja. Di dalam bola sepak, ia dianggap sebagai hak untuk bermegah di atas kejayaan atau kemenangan terhadap lawan. Realiti sebenarnya ialah ianya adalah sejenis usikan, dan amat sinonim di dalam sukan ini.

Masyarakat bola sepak sentiasa mempunyai pandangan tersendiri terhadap usikan sebegini. Ia boleh didatangkan secara lisan. Manakala pada hari ini, media sosial menjadi pilihan peminat bola sepak untuk melakukannya.

Apapun, usikan di dalam bola sepak harus didatangkan dengan niat suka-suka, dan bukan bertujuan untuk menghina. Apatah lagi untuk melakukan provokasi melampau.

Jika hinaan dan provokasi merupakan tujuan usikan sebegini, maka bola sepak bukan sukan yang sesuai untuk anda ikuti.

Ini kerana bola sepak menerapkan semangat ‘fair play’ dan semangat kesukanan yang tinggi, lantas menjadikan sukan ini sebagai medan penyatuan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira status, asal-usul, pandangan politik, dan warna kulit.

Atau mungkin bolehkah kita mempelajari sesuatu daripada bintang tengah Arsenal dan Jerman, Mesut Ozil?

Seperti kebanyakkan orang, hampir semua masyarakat dunia yang didedahkan dengan teknologi mempunyai akaun media sosial. Ini termasuklah pemain bola sepak terkemuka seperti Ozil.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Baru-baru ini, pemain tengah Arsenal ini membalas kembali usikan yang dilemparkan terhadapnya oleh pihak polis Stoke. Tahukah anda bahawa Ozil menunggu sehingga 6 bulan untuk membalas kembali usikan tersebut?

Dalam satu muat naik di akaun Twitter rasmu, pihak polis Stoke bertindak mengusik Ozil selepas Stoke City menewaskan Arsenal 1-0 pada Ogos lalu.

Kebetulan atau tidak, setelah tamat perlawanan salah seorang penyokong Arsenal yang bertadang ke Stoke untuk away days ingin membuat laporan akan kejadian rompakan.

Pegawai polis yang bertindak sebagai ‘admin’ akaun twitter polis Stoke kemudiannya membalas laporan tersebut:

“Kami memohon maaf kerana lambat memberikan maklum balas. Pihak kami sedang sibuk menjejak individu yang hilang dengan nama Ozil. Adakah anda melihat beliau di mana-mana? #Banter?”

Usikan oleh pihak polis Stoke itu turut mendapat balasan daripada penyokong Arsenal tersebut, dan ia diterima baik sebagai satu usikan. Adat perlawanan, ada ketika pasukan kita menang. Ada ketikanya tewas.

Menang, kita raikan. Tewas, kita tunduk dan tunggu giliran untuk kemenangan seterusnya walaupun memerlukan masa 6 bulan atau 2 tahun sepertimana skuad Harimau Malaya yang menewaskan Bhutan semalam.

Bagi Ozil, 6 bulan adalah masa yang ditunggu untuk membalas usikan tersebut. Dalam muat naik di akaun Twitter terbarunya, Ozil berkata:

“@PolisStoke tidak membantu di dalam satu kejadian rompakan pada musim panas lalu. Oleh itu, kami menyelesaikannya dengan cara sendiri. Sangat berbangga untuk menyatakan kami berjaya memperolehi 3 mata pada hari ini untuk @TheIwobiEffect dan semua The Gunners. #Banter”

Gurauan Ozil kali ini tidak mendapat balasan daripada pihak polis Stoke.

Arsenal menewaskan Stoke City 3-0 hasil dua jaringan Pierre-Emerick Aubameyang dan juga Alexandre Lacazette di Emirates pada malam tadi.

Walaupun menang, Arsenal masih kekal di tangga ke-6 liga dan berada 13 mata di belakang Tottenham Hotspur untuk slot ke UEFA Champions League (UCL), berbaki 7 perlawanan.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Ia mungkin sukar untuk Arsenal untuk merebut slot ke UCL pada musim ini. Namun gurauan di antara polis Stoke dan Ozil tetap mencuit hati.

Tidak salah melakukan usikan sesama sendiri di dalam bola sepak. Bagaimanapun, jauhkan hinaan dan provokasi kerana bola sepak adalah sukan bagi mereka yang mementingkan semangat kesukanan dan ‘fair play’.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN