FAS Bakal Umum Jurulatih Baharu Selangor Hari Ini

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dijangka akan mengumumkan pengganti P. Maniam yang direhatkan pertengahan bulan lalu ekoran kemerosotan prestasi skuad itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Naib Presiden FAS, Datuk Abdul Rauf Ahmad membe­ritahu kepada kosmo, penolong jurulatih, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir tetap menjadi pilihan utama meskipun dikhabarkan penolong jurulatih Kuantan FA, Rusdi Suparman turut berada dalam radar pihak pengurusan.

“Nama Rusdi telah menjadi bualan sebagai pengganti Maniam kerana beliau tidak terikat kontrak dengan Kuantan FA musim ini.

“Namun kami tetap akan membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam serta mendapat persetujuan majoriti dari Exco FAS.

“Bagaimanapun Nazliazmi tetap menjadi pilihan utama FAS buat masa ini disebabkan beliau mempunyai pengalaman hampir lima tahun bersama pasukan,” katanya.

Gambar: FA Selangor

Maniam telah direhatkan berikutan prestasi yang kurang konsisten sepanjang Liga M selepas skuad Gergasi Merah mengalami kekalahan besar tiga kali berturut-turut.

Selangor memerlukan segera ketua jurulatih memandangkan skuad Gergasi Merah bakal berdepan perlawanan besar pada peringkat suku akhir Piala FA bertemu Kuala Lumpur 7 April ini.

“Kami memerlukan jurulatih yang sesuai untuk mengendalikan pasukan untuk mara ke peringkat separuh akhir seterusnya merangkul kejuaraan Piala FA musim ini.

“Buat masa ini FAS melihat Nazliazmi sebagai calon terbaik selepas mempunyai keserasian bersama pemain yang rata-ratanya datang dari skuad Piala Belia dan Piala Presiden.

“Bagaimanapun kita perlu mengikut prosedur terlebih dulu serta mendapatkan suara majoriti dalam mesyuarat khas FAS sebelum menentukan sebarang keputusan,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN