Bekas penyerang England, Michael Owen telah memberi satu cadangan yang dilihat sangat berguna kepada Manchester United supaya pasukan tersebut mengikuti jejak langkah Liverpool.
Menurut Owen, beliau mahu United mengkaji strategi yang digunakan oleh Liverpool mengenai soal perpindahan pemain yang dilihat sangat berkesan sejak beberapa tahun ini.
Owen couldn't resist a dig at United 🙄 #mufc https://t.co/ihv2wOl0Ob
— Man United News (@ManUtdMEN) September 13, 2022
Bekas penyerang United itu sebelum ini jelas mengkritik pasukan tersebut yang dianggap sering menandatangani pemain yang tidak berkualiti untuk mewakili kelab.
Beliau telah pun membandingkan mengenai dua pasukan tersebut mengenai cara mereka menangani isu pembelian pemain dan keberkesanan buat pasukan.
“Liverpool sejak beberapa tahun ini, tidak kira pemain mana ditandatangani mereka jelas ia memberi hasil yang cukup positif.
“Manakala pasukan seperti United pula, selepas 10 tahun mereka menandatangani pelbagai pemain, semua yang hadir tersebut seolah tidak tahu cara bermain bola sepak.
“Tetapi apa yang saya nak katakan, ianya mudah untuk membawa masuk pemain baharu ke dalam pasukan atau untuk semua para pemain tersebut beraksi dengan baik kerana ini permainan berpasukan.
“Kita boleh tengok pada aksi Liverpool semalam apabila mereka bermain dengan sangat baik ketika bertemu pasukan lawan,” jelas Owen menerusi Sport Bible.
Owen tampil untuk menyatakan Liverpool lebih bagus dalam mengenali para pemain yang sesuai beraksi untuk pasukan mereka berbanding United.
Mereka jelas menandatangani pemain yang sesuai untuk bermain mengikut sistem diterapkan oleh pasukan dengan baik.
Berbanding United, kelab tersebut lebih gemar menandatangani pemain yang mempunyai nama lebih besar bersama kemahiran individu, namun lemah dari segi adaptasi permainan berpasukan.
Bukti tersebut jelas dapat dilihat ketika mereka menandatangani kembali Cristiano Ronaldo pada musim lalu sebagai penyerang pasukan.
Different class, @Cristiano ☝️✨#MUFC | #PhotoOfTheDay pic.twitter.com/NWAVKMES7R
— Manchester United (@ManUtd) June 4, 2022
Para penyokong serta pengurusan jelas gembira apabila bekas pemain mereka suatu ketika kembali bersama kelab ini, namun United terpaksa mengubah corak permainan untuk disesuaikan bersama Ronaldo dan jelas ia menyusahkan banyak pihak.
Walaupun begitu, segala permasalahan yang melanda United sebelum itu mungkin dapat diatasi menerusi pengurus baharu mereka, Erik Ten Hag.
Pengurus dari Belanda itu dilihat berjaya menandatangani beberapa pemain yang jelas memahami kehendak sistem permainan diperlukan oleh Ten Hag.
Bukti tersebut dapat dilihat menerusi dua pemain baharu pasukan tersebut ketika ini iaitu Lisandro Martinez dan Antony, apabila mereka sebelum itu pernah bersama Ten Hag dalam pasukan gergasi Belanda, Ajax.