Nafuzi Zain Bakal ‘Hijrah’ Ke Utara Pada Musim Hadapan?

Teka-teki mengenai perjalanan karier Nafuzi Zain sebagai jurulatih Terengganu telah pun terjawab apabila beliau menyatakan mengenai masa depannya bersama kelab tersebut, semalam.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Nafuzi menerusi perkongsian video di laman Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam apabila pengendali tersebut menyatakan ini mungkin tahun terakhir beliau bersama Terengganu.

Menurut Nafuzi, tujuan penghijrahan beliau pada musim hadapan adalah untuk mencari cabaran baharu serta mengembangkan lagi karier dalam kejurulatihan.

“Berkemungkinan besar, ini adalah tahun terakhir saya bersama TFC lah. Saya rasa, mungkin dengan pencapaian membawa mereka ke final, saya akan buat yang terbaik pula untuk aksi Liga Super.

“Saya rasa ini masa yang sesuai untuk mencari cabaran baharu selepas tiga tahun berada bersama TFC untuk mengembangkan lagi karier kerjaya saya sebagai jurulatih,” jelas pengendali muda berpotensi besar tersebut.

Nama Nafuzi bukan lagi suatu yang asing dalam bola sepak tempatan apabila beliau juga sebelum itu merupakan salah seorang pemain tengah yang hebat untuk mewakili beberapa kelab di Malaysia.

Sebagai jurulatih, Nafuzi telah memperkenalkan corak permainan lebih berkualiti untuk diterapkan dalam Terengganu yang dilihat tampil beraksi dengan lebih menarik.

Walaupun tidak mendakap sebarang piala bersama Terengganu, Nafuzi boleh dikatakan berjaya mengubah pasukan tersebut untuk tampil lebih berkualiti menerusi DNA yang diterapkan sepanjang tiga tahun bersama kelab itu.

Menurut beberapa komen di media sosial, berkemungkinan juga Nafuzi bakal memulakan karier baharu beliau musim depan dengan salah satu pasukan berpangkalan di utara.

Pasukan yang dikaitkan bersama pengendali berusia 44 tahun itu ketika ini juga dikhabarkan bakal membuat beberapa rombakan setelah menerima pemilik baharu dari kalangan orang korporat.

Kelab tersebut yang ketika ini dikendalikan oleh jurulatih dari luar negara bakal menghabiskan kontrak dirinya bersama pasukan tersebut sehingga penghujung musim ini, setelah empat musim di utara.

Sebelum itu, pasukan yang terkenal dengan barisan-barisan pemain muda berbakat ini juga telah dikaitkan bersama bekas jurulatih kebangsaan, apabila pengendali tersebut ketika ini kerap berada di sana.

Jika mereka berjaya mendapatkan salah satu daripada pengendali ini, maka ia mungkin dapat menggembirakan para penyokong tersebut setelah beberapa musim pasukan itu tampil dengan corak permainan kurang menyakinan.

Persoalan mengenai sejauh mana kesahihan Nafuzi bakal menjadi jurulatih kelab di utara tersebut sehingga kini masih belum menemui jawapan, dan kelab tersebut juga agak sibuk ketika ini dalam persaingan Liga Super.

Manakala Nafuzi juga pastinya kini memberi fokus penuh buat Terengganu untuk membantu pasukan tersebut meraih kedudukan lebih baik dalam carta liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN