Ousmane Dembele Dipilih Pemain Muda Terbaik Bundesliga

Prospek muda Borrusia Dortmund iaitu Ousmane Dembele begitu cemerlang musim ini untuk kelabnya itu.

Beliau telah menjaringkan 6 gol dan 13 bantuan gol untuk pasukannya dalam usaha untuk memperoleh tempat ketiga di Bundesliga dan gelaran DFB-Pokal.

Kejayaan beliau itu berjaya hadir selepas pihak Bundesliga melakukan undian bagi memilih pemain muda paling berjaya di liga tersebut pada musim lalu.

Dembele berjaya menewaskan 4 lagi calon hasil dari undian peminat, mereka adalah:

  • Nabil Bentaleb – Schalke 04
  • Riechedly Bazoer – Wolfsburg
  • Caglar Soyuncu – Freiburg
  • Jordan Torunarigha -Hertha Berlin

Tak ke mana

Nama Dembele sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Borrusia Dortmund pada musim panas ini dengan Barcelona merupakan destinasi yang sering dikaitkan dengan beliau.

Namun begitu, pemain muda Perancis itu berkata yang beliau masih lagi mahu kekal di Bundesliga bersama Borrusia Dortmund.

“Sebagai pemain muda, tempat terbaik untuk bermain adalah di Bundesliga.”

“Di sini, bakat anda akan dihargai dan anda akan diberi peluang untuk memperoleh pengalaman bermain dengan skuad utama.”

Sumber: 

  1. ESPN (2017): Borrusia Dortmund’s Osmane Dembele wins Bundesliga Rookie Award; http://www.espnfc.com/borussia-dortmund/story/3146547/borussia-dortmunds-ousmane-dembele-wins-bundesliga-rookie-award

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN