Bayern Munich Hadiahkan Peminatnya Cawan Baharu Selepas Beliau Setia Dengan Cawan Lama

Seorang peminat Bayern Munich telah berjaya mencuri perhatian para pihak kelab di media sosial tempoh hari.

Jim Entwistle merupakan peminat setia Bayern Munich dari England telah menulis di laman Twitter beliau mengenai cawan Bayern Munich yang kini sudah berusia 21 tahun.

Semuanya bermula pada 1996, apabila beliau menerima cawan Bayern Munich dari pakciknya selepas pasukan Jerman tersebut menewaskan pasukan sokongan Jim iaitu Nottingham Forest dalam saingan UEFA Cup.

Namun begitu, sejak dari itu cinta beliau terhadap Bayern Munich mula berputik.

“Saya ada banyak cawan dalam koleksi saya yang datang dan pergi, namun cawan Bayern Munich ini tetap setia di sisi.”

“Cawan ini telah ikut saya ke mana saja, ketika saya di universiti dan juga ketika saya kerja.”

Jim pada mulanya menulis di Twitter mengenai persaraan cawannya itu selepas 21 tahun, namun tweet tersebut telah mendapat perhatian daripada pihak Bayern Munich.

Mereka terus menawarkan cawan yang baharu buat Jim dengan syarat Jim memberikan alamat kepada mereka.

“Selepas saya tweet mengenai cawan saya, ramai penyokong Bayern Munich menghubungi saya untuk mendapatkan cawan tersebut. Mereka ingin jadikan koleksi mereka.”

Jim telah pun menerima cawan baharu dari pihak Bayern Munich dengan tertera nota yang cukup indah dari pihak kelab:

“Kepada Jim, kami sangat berbesar hati untuk menghadiahkan anda dengan cawan Bayern Munich yang baharu bagi menggantikan cawan anda yang sudah bersara.”

“Diharap cawan ini dapat memberikan kegembiraan kepada anak anda seperti mana anda peroleh dari cawan yang lama.”

“Kami bangga untuk mempunyai penyokong yang setia seperti anda.”

“Salam dari Sabener Street, pasukan media sosial Bayern Munich anda.”

Cawan baharu yang diterima Jim.

Jim dikatakan mahu memberikan cawan tersebut kepada anaknya, dengan harapan anaknya tidak menjadi penyokong Nottingham Forest seperti dirinya.

Sumber:

  1. BBC News (2017): Bayern Munich replace English fan’s 21 year-old mug; http://www.bbc.com/news/uk-40348557

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN