Ousmane Dembele Cedera Lagi, Barcelona Sahkan Beliau Bakal Rehat 3-4 Minggu

Pemain serangan Barcelona, Ousmane Dembele dihantui kecederaan sekali lagi selepas kembali daripada kecederaan panjang. Dembele sebelum ini terpaksa dibedah kerana masalah kecederaan beliau.

Beliau dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian hamstring yang membuatkan beliau tersisih untuk tempoh 3-4 minggu.

Sebelum ini, Dembele yang dibeli dengan nilai £130 juta juga mengalami kecederaan di bahagian hamstring pada September 2017. Dan beliau bercuti sehinggalah kembali semula pada Januari 2018.

Dembele baru terlibat dalam 4 perlawanan dalam kepulangan semula beliau ke padang. 1 daripadanya sebagai kesebelasan utama. Kecederaan terbaru beliau berlaku ketika aksi menentang Real Sociedad.

Barcelona menang 4-2 di dalam perlawanan tersebut. Dalam kenyataan rasmi kelab Barcelona, mereka menjelaskan:

“Ujian telah pun disahkan dan menyatakan yang pemain (Dembele) telah megalami kecederaan di hamstring melibatkan otot semitendinosus.”

BARCELONA, SPAIN – SEPTEMBER 12: Ousmane Dembele, FC Barcelona(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Namun ia tidak melibatkan bahagian otot yang dibedah sebelum ini pada awal musim ini.”

Ia berita yang tidak digemari oleh penyokong Barcelona. Namun Barcelona berharap pemain itu dapat kembali semula ke dalam pasukan untuk menghadapi pusingan kalah mati UCL pada akhir bulan Februari 2018.

Barcelona akan berhadapan dengan Chelsea dalam perlawanan tersebut. Selain daripada Dembele, seorang lagi bintang mahal mereka, Phillipe Coutinho juga masih berehat kerana kecederaan.

Andreas Iniesta juga masih bergelut dengan kecergasan beliau. Barcelona akan berhadapan dengan Real Betis dalam pusingan suku akhir Copa Del Rey 2018 pada 18 Januari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN