Ostersunds: Bangkit Dari Bawah dan Kisah Dongeng Liga Europa

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Apa yang membuatkan anda mengenali Sweden? IKEA? Zlatan Ibrahimovic? Atau kelab-kelab yang kurang dikenali dunia.

Termasuklah kelab Ostersunds, sebuah kelab kecil. Kelab ini mula dikenali di negara tersebut kerana berjaya menikmati kenaikan divisyen dua musim berturut-turut.

Pada 2011, mereka menjuarai Divisyen 4 Sweden dan mara ke Divisyen 3. Hanya sekali percubaan, mereka menjuarai pula Divisyen 3 dan melayakkan diri ke Divisyen 2.

Bangkit

Tiga musim Ostersunds ini bermain di Divisyen 2 yang dikenali Superettan. Pada musim 2015, mereka menduduki tangga kedua Superettan dan dipromosi ke Allsvenskan.

Allsvenskan merupakan divisyen bola sepak tertinggi di Sweden. Malmo salah satu kelab gergasi Sweden.

Ostersund meraikan kejuaraan trofi utama. Sumber: CNN.

Pada musim 2016-17, Ostersunds mengejutkan ramai sekali lagi apabila menjuarai Svenska Cupen (Piala Sweden). Tiket beraksi di Liga Europa sudah menjadi milik Ostersunds.

Bertatih di kelayakan

Mereka bermula di pusingan kelayakan kedua dan bertemu pasukan terkenal Turki, Galatasaray. Galatasaray dimalukan di hadapan ribuan penyokong Ostersunds dengan skor 2-0. Di Istanbul, mereka seri 1-1 sekaligus mara ke pusingan kelayakan ketiga.

Fola Esch dari Luxembourg ditumbangkan melalui agregat 3-1 dalam pusingan kelayakan ketiga. Mereka menang dua perlawanan timbal balik itu.

Pemain Ostersund melalui saat kejayaan kelab mereka. Sumber: The Telegraph.

Ostersunds seterusnya bertembung PAOK dari Greece pada pusingan play-off. Perlawanan pertama di Greece menyaksikan Ostersunds dikalahkan 3-1. Namun, dua gol Saman Ghoddos untuk Ostersunds ketika perlawanan timbal balik menyelamatkan kisah dongeng mereka.

Ostersunds menewaskan PAOK melalui kiraan gol tempat lawan. Mereka terikat 3-3.

Beraksi di peringkat kumpulan

Ostersunds pada ketika ini mendahului carta Kumpulan J Europa League. Hamburg ditewaskan mereka pada perlawanan kedua yang berlangsung kelmarin. Gol tunggal Brwa Nouri memastikan kelab Sweden itu memenangi perlawanan

Perlawanan pembukaan pada sebelum ini juga berpihak kepada Ostersund. Mereka menewaskan Zorya Luhansk dari Ukraine.

Pemangkin utama

Graham Potter yang berbangsa Inggeris merupakan teraju utama kelab itu. Beliau menjawat jawatan sebagai pengurus kelab itu sejak 2011.

Ramuan dan adunan taktikal Graham itu berjaya membawa kelab itu mara sejauh itu. Tapi tidak pastilah bagaimana nasibnya jika beliau menjadi pengurus di kelab liga Inggeris. Rasanya hanya bertahan dua atau tiga musim saja.

Tahukah anda, kelab ini mempunyai pemain dari pelbagai negara. Antaranya Syria, Iraq dan Comoros! Mereka berjaya disatukan dalam pelbagai cara.

Skuad Ostersund membuat persembahan balet. Sumber: CNN.

Termasuklah melibatkan diri dalam persembahan ballet bertajuk Swan Lake. Cara inilah dipercayai membentuk kesatuan dalam anggota kelab sehingga menjadi faktor kemaraan mereka.

Dalam kisah dongeng Liga Europa musim ini!

Sumber:

  1. CNN (2017): Ostersund FK: How football’s ‘culture’ club wins the help of Swan Lake performances; http://edition.cnn.com/2017/09/28/football/ostersunds-sweden-europa-league-daniel-kindberg-graham-potter/index.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN