Parti Politik Britain Meniru Logo Premier League?

Macam pernah kulihat, tapi di mana ya?

Parti berhaluan kanan Britain, UK Independence Party (UKIP) telah mengejutkan ramai penduduk negara itu kerana menukar logo. UKIP terkenal sebagai parti berhaluan kanan yang memperjuangkan Brexit.

Pertukaran rasmi logo UKIP itu telah menular dengan pantas dalam tempoh sejam. Bermacam-macam reaksi telah muncul. Bermacam ejekan telah dimuat naik di Internet.

Boleh tahan juga mereka ‘troll’ ini sebenarnya, macam rakyat kita juga!

Disindir

Gary Lineker, pengacara BBC sempat lagi menyakat dalam laman Twitter kendalian miliknya. Pada mulanya gambar yang tersiar ialah sewaktu pemilihan logo dibuat.

UKIP pada ketika ini sedang mengadakan perhimpunan tahunan. Salah satu agendanya ialah pertukaran logo. Sebelum ini mereka mengenakan lambang mata wang Britain, Pound Sterling.

Sebenarnya ada dua logo yang dicadangkan. Cuma ada logo berlambang singa berwarna ungu telah terpilih. Namun begitu, masih tidak dapat dipastikan pihak Premier League akan mengambil tindakan undang-undang terhadap UKIP.

Bukan apa, Premier League merupakan jenama Britain yang amat dikenali serata dunia. Berbeza dengan UKIP, parti berhaluan kanan yang dianggap ekstrim dan rasis.

Isu rekaan logo ini bukanlah remeh-temeh di dalam arena bola sepak.

Bukan yang pertama

Logo yang kontroversi. Sumber: BBC.

Beberapa tahun lalu, Tottenham Hotspur telah menggunakan tindakan perundangan untuk meminta sebuah kelab amatur menukar logo.

Kisahnya, kelab amatur bernama Fleet Spurs menggunakan lambang ayam jantan yang sangat mirip logo kelab London Utara.

Bagi mengelakkan masalah lebih panjang, Fleet Spurs akhirnya menukar logo baru. Hanya sedikit perubahan pada ayam jantan!

Anda boleh senaraikan pertukaran logo yang sentiasa diingati dalam dunia sukan? Kongsikan kepada kami.

Sumber:

  1. Huffington Post (2017): UKIP logo mocked Premier League logo; http://www.huffingtonpost.co.uk/entry/ukip-logo-mocked-premier-league-lion_uk_59ce2260e4b05f005d338fee
  2. BBC (2013): Tottenham Hotspur forces Fleet Spurs badge redesign; http://www.bbc.com/news/uk-england-hampshire-24940529

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN