Ospina akan diturunkan dalam perlawanan menentang Bayern Munich awal pagi ini.
Arsene Wenger dikatakan pernah berjanji akan melakukan rotasi di antara Petr Cech dan David Ospina. Ia merupakan salah satu sebab kenapa Ospina sanggup menjadi penjaga gol ke-2 di kelab itu.
Wenger juga dikatakan berjanji untuk menjadikan Ospina sebagai penjaga gol utama di UCL sejak musim lalu. Ospina hanya disisihkan selepas 2 kekalahan berturut-turut di tangan Dynamo Zagreb dan Olympiakos.
Namun begitu aksi Ospina musim ini di UCL sangat meyakinkan. Salah satu aksi terbaik beliau adalah ketika menentang PSG.
Jadi, tidak ada sebab untuk Wenger menyisihkan penjaga gol utama untuk UCL mereka.
Dalam sidang media sebelum pelawanan, Wenger mengesahkan Ospina akan turun sebagai penjaga gol utama menentang Bayern Munich pada awal pagi ini.
“Saya tak perlu sembunyikan apa-apa, Ospina akan diturunkan kerana kualiti persembahan beliau.”
“Kami berada di peringkat 16 pasukan terakhir. Jika anda menganalisis aksi beliau sebelum ini, kerana beliaulah kami di sini.”
Wenger hanya mengesahkan nama Ospina. Manakala 10 lagi pemain lain masih lagi belum ditentukan sehingga ke penilaian terakhir.
Pandangan semuanyaBOLA
Ia mungkin spekulasi semata-mata. Namun tidak mustahil juga Wenger berjanji kepada Ospina untuk memberikan peluang kepada Ospina untuk menjadi penjaga gol utama dalam Cup Competitions.
Musim lalu, Ospina turut menjadi penjaga gol utama ketika peringkat 16 pasukan di mana Arsenal diundi menentang Barcelona.
Yang pasti Ospina memang antara penjaga gol terbaik di UCL ketika peringkat kumpulan musim ini.
Baca juga: Luis Enrique: “Saya Bertanggungjawab Diatas Kekalahan Ini”