“Osmar Barba Sertai Kedah”- Ini Hanyalah Spekulasi

Bekas pemain tengah Seoul FC, Osmar Barba yang sebelum ini dilaporkan bakal menyertai Kedah Darul Aman (Kedah), nyata hanya satu spekulasi sahaja di media sosial.

Terdahulu, nama Osmar dilaporkan bakal menyertai Kedah selepas kontrak beliau bersama kelab tersebut tidak diperbaharui untuk saingan akan datang menerusi media di Korea Selatan.

Tampil sebagai antara pemain import yang memiliki reputasi tinggi di negara tersebut, kebanyakan para penyokong Sang Kenari tampil teruja jika perkara tersebut menjadi kenyataan.

Walaupun begitu, laporan terbaharu daripada Harian Metro tampil menyatakan perkara tersebut merupakan suatu spekulasi sahaja dengan ia sekadar suatu hebahab di media sosial.

“Mengenai hebahan beberapa pemain tertentu yang dikaitkan dengan Kedah dalam media sosial, itu hanyalah sekadar spekulasi yang dimainkan kerana menjadi lumrah setiap kali tiba hujung musim,” kata sumber dipercayai kepada Harian Metro.

Untuk saingan musim hadapan, laporan juga turut menyatakan cuma Manuel Ott sahaja masih mempunyai baki kontrak selama satu musim lagi bersama Kedah.

Selebihnya pula, masing-masing hanya mempunyai baki kontrak selama satu musim dan sudah pun berakhir tanpa diketahui status mereka pada saingan hadapan.

Moses Atede, Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Hidalgo, Alan Robertson, Ifedayo Olusegun, Jonathan Balotelli, serta Ebenezer Assifuah menjadi pemain import yang sudah pun tamat kontrak bersama Sang Kenari.

Malah, pasukan itu dikatakan masih lagi belum mengesahkan senarai pemain import baharu mereka untuk saingan musim hadapan untuk memenuhi kuota dibenarkan.

“Untuk senarai pemain import, hanya Manuel Ott sahaja yang masih memilki kontak hingga musim depan manakala pemain import lain cuma memilki kontrak hingga musim ini sahaja.

“Belum ada bayangan mengenai siapa pemain import baharu yang akan dimuktamadkan Kedah kerana akan ada perbincangan akan dilakukan dalam masa terdekat mengenai perkara itu,” katanya lagi.

Berada di tangga ketiga Liga Super musim ini, sudah tentu Nafuzi Zain ingin mengekalkan momentum tersebut untuk saingan hadapan dengan persediaan lebih rapi sangat diperlukan.

Antara nama baharu dikaitkan bakal menyertai Kedah selain Osmar ialah perancang tengah Terengganu dari Bahrain iaitu Habib Haroon.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN